Kamu dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan
khemah. Tiba-tiba kamu terdengar jeritan meminta tolong.
Tulis tindakan kamu seterusnya.
Aku tercari-cari arah suara itu. Akhirnya pandanganku tertumpu ke arah
Darsan. Aku melihat dia terkapai-kapai dibawa arus. Aku tergamam
seketika, memikirkan langkah terbaik untuk menyelamatkan Darsan.
Aku ,Ravi, dan Leong tidak banyak pilihan.Antara kami bertiga
hanya aku sahaja yang boleh berenang. Aku mengarahkan Ravi dan Leong
mencari tali sementara aku terus terjun ke dalam sungai.
Aku cuba menarik Darsan yang sudah kelemasan, namun arus sungai
yang deras telah menggagalkan usahaku. Aku dan Darsan terus hanyut.
Namun begitu dengan kemahiran berenang yang aku miliki, aku masih mampu
mengawal diriku daripada terus hanyut.
Beberapa minit
kemudian, Ravi dan Leong yang bertindak pantas mengambil tali di tapak
perkhemahan berjaya melontarkan tali ke arahku. Dengan sepenuh tenaga
Ravi dan Leong menarik aku dan Darsan. Akhirnya mereka berjaya menarik
aku dan Darsan ke tebing.
Darsan sudah tidak bermaya.
Kami semakin cemas.Nasib baik aku pernah mempelajari cara memberi
pertolongan cemas. Beberapa minit kemudian Darsan mulai sedar. Dengan
bantuan beberapa orang pemuda yang kebetulan baru sampai, Darsan
dikejarkan ke hospital.
Berikutan
kejadian itu, kami sepakat membatalkan perkhemahan itu. Sebaliknya, kami
berkemas untuk pulang dan menziarahi Darsan di hospital. Walaupun
peristiwa itu sudah hampir setahun berlalau, namun peristiwa itu masih
segar dalam ingatanku hingga ke hari kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment