Aku tidak berkenan langsung dengan sikap ibu bapaku yang boros
berbelanja walaupun aku amat menyayangi mereka. Setiap tahun, ibuku
pasti membeli perabot baru untuk menghiasi rumahku. Ada saja alasan yang
diberikan ibuku kepada ayah untuk mendapatkan apa yang
dihajatinya.Pernah ibuku membelanjakan lebih daripada sepuluh ribu
ringgit hanya untuk membeli sofa yang diidam-idamkannya.
Ayahku
pula asyik menukar aksesori kereta. Boleh dikatakan setiap bulan ada
sahaja aksesori yang ditambah pada kereta Wish kesayangannya itu. Ekzos
yang satu dijadikan dua, cat kereta ditukar,cermin digelapkan dan
bermacam-macam lagi pengubahsuaian yang dilakukannya.Aku hanya mampu
mengelengkan kepala. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga di dalam
hati. Adakah ayah dan ibuku menabung wang di bank? Soalan ini sering
kali berlegar-legar di kotak fikiranku.
Oleh sebab kesedaran
yang tinggi tentang amalan menabung ini, aku mula menyimpan wang sedikit
demi sedikit di dalam tabung buluhku.Wang yang kusimpan itu ialah
lebihan wang saku yang diberikan oleh ayahku pada setiap awal
bulan.Walaupun tidak seberapa, tetapi aku berpegang pada prinsip
sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.
Setiap hari aku membawa
bekal ke sekolah untuk menjimatkan perbelanjaan harianku. Selain itu,
duit raya yang aku peroleh setiap tahun, aku simpan di dalam bank.
Setiap kali aku menatap buku akaunku, pasti senyuman akan terukir di
bibirku kerana saban tahun jumlah wang simpananku pasti meningkat.
Malang
tidak berbau,tidak kuduga adik perempuan kesayanganku disahkan
menghidap penyakit jantung berlubang.Ingin sahaja aku memberikan
jantungku kepadanya.Doktor yang merawat adikku memberitahu kami yang
adikku memerlukan rawatan segera dan perlu menjalani pembedahan. Kos
pembedahan dianggarkan dua puluh ribu ringgit.
Nasib keluargaku
bagai jatuh ditimpa tangga kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank.
Ayah pula tidak berjaya memohon pinjaman daripada bank kerana sebelum
ini ayah telah membuat pinjaman untuk membeli kereta baru. Ibu hanya
dapat menyumbangkan dua belas ribu ringgit setelah menggadaikan barang
kemas kesayangannya.Masih ada berbaki lapan ribu ringgit yang harus
dilunaskan.Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku. Aku
segera ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak lapan ribu ringgit bagi
menampung baki yang masih diperlukan itu.Aku kemudiannya menyerahkan
wang itu kepada ayahku. Ayahku memelukku dengan linangan air mata di
pipinya. Betapa ketika itu aku berasa amat ber syukur kerana mengamalkan
amalan keramat ini.
Adikku kemudiannya telah selamat menjalani
pembedahan. Ketika aku melawat adikku di hospital bersama-sama ibu
bapaku, mereka menanyakan kepadaku dari mana aku mendapat wang sebanyak
itu.Aku hanya tersenyum seraya memberitahu mereka bahawa semua duit yang
aku peroleh selama ini, aku simpan kerana aku berpegang pada peribahasa
sediakan payung, sebelum hujan.Kulihat mereka terkesima. Barangkali
malu ataupun menyesali kesilapan diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment