Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tulis catatan mengenai sukan tersebut.
Sabtu, 29 Mei 2009
8.00 pagi - Aku tiba di sekolah. Ramai
rakan-rakanku telah tiba lebih awal. Kami terus berkumpul di rumah sukan
masing-masing untuk mendengar taklimat daripada ketua rumah dan guru
rumah.
8.15 pagi - Para tetamu datang berduyun-duyun, mula
memenuhi khemah-khemah yang disediakan. Mereka, memberikan tepukan dan
perangsang kepada murid-murid yang telah bersiap-sedia memulakan
permainan.
8.45 pagi - Acara sukan bermula dengan acara-acara
sukanika murid pra sekolah dan murid tahap satu. Antara acara yang
menarik ialah acara tiup belon dan rebut hadiah murid pra sekolah.
Pelbagai aksi yang melucukan dapat disaksikan.
10.00 pagi -
Waktu rehat, para hadirin dihiburkan dengan persembahan gimrama oleh
murid-murid tahun empat. Persembahan ini telah mendapat tepukan
gemuruh.
10.30 pagi - Acara sukan tahap dua bermula.
Setiap rumah telah menunjukkan persaingan yang sengit untuk menjadi
juara. Acara kemuncak ialah tarik tali antara rumah. Rumah saya, rumah
kuning telah muncul sebagai juara.
12.30 tengah hari - Upacara
penutup dan penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pelajaran
Daerah telah menyempurnakan upacara tersebut. Rumah Kuning telah muncul
sebagai juara keseluruhan temasya sukan kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
thanks i need this for my homework
Post a Comment