Di
badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat menarik
perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata ‘‘Kebersihan
Amalan Mulia”. Aku bangga dengan tugasku ini.
Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia
mula mencampakkan sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan
sampah-sarap betul-betul ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang
hanya melemparkan sampah ke arah diriku.
Setiap pagi , pekerja majlis perbendaran akan mengaut sampah dari perutku. Kadang-kadang
mereka memandikanku supaya kelihatan ceria.Tetapi biasanya keceriaanku
tidak berpanjangan kerana sikapa segelintir manusia yang pengotor .
Aku
sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak
menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan
diriku. Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan
tercemar dan berbau busuk.
0 comments:
Post a Comment