Seronoknya Belajar Dengan Frog-Vle

Sebagai sebuah sekolah yang bertaraf sekolah bantuan modal, walaupun tidak mempunyai makmal komputer yang serba moden dan komputer jenis terkini ( hanya sebuah bilik yang diubahsuai dan memiliki lebihkurang 15 buah komputer ) namun warga sekolah tidak mahu menjadikan kekurangan itu sebagai kekangan untuk mereka sama-sama bergerak seiring dengan perkembangan dunia  pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan masa kini.
Pendaftaran pelajar dan penggunaan program Frog Vle sekolah ini adalah antara yang tertinggi di daerah ini.
Atas inisiatif ingin mengerakkan penggunaan Frog Vle di kalangan pelajar, Kelab Frog Vle diwujudkan untuk melatih ahli-ahli kelab sebagai Jurulatih Utama dan seterusnya dapat membantu dan membimbing pelajar-pelajar lain menggunakan  program ini.




Antara  rekabentuk 'Dashboard' yang dihasilkan oleh pelajar.
Minat yang mendalam di kalangan ahli-ahli kelab terhadap program Frog Vle ini diharapkan dapat mempercepat kemahiran mereka untuk menguasai pelbagai aplikasi yang terdapat dalam program tersebut.

0 comments: