Pusat Sumber Tanpa Sempadan

          Pusat Sumber SK St Francis hanyalah sebuah bilik darjah yang diubahsuai menjadi bilik pelbagai guna.  Di pusat sumber inilah juga pelbagai aktiviti seperti bengkel, mesyuarat  dan kursus dalaman diadakan. Walau bagaimanapun fungsi dan peranannya masih sama seperti pusat sumber di sekolah-sekolah lain di mana para pelajarnya masih berpeluang untuk membaca, menonton ASTRO Kampus, membuat pinjaman dan sebagainya. Atas kekangan dan kekurangan  itulah maka blog pusat sumber sekolah diwujudkan  bagi menampung pelbagai kekurangan yang ada. 

        Kedudukan sekolah yang berada di kawasan bandar iaitu Sitiawan, memberi satu kelebihan kepada pelajar-pelajarnya terdedah dengan dunia ICT secara meluas. Ini membolehkan mereka menggunakan maklumat-maklumat di blog pusat sumber sekolah sebagai bahan bacaan tambahan sama ada untuk pembelajaran atau bacaan e-nilam.

           Susunan kerusi meja disusun sedemikian rupa untuk memudahkan aktiviti seperti mesyuarat dijalankan.
         Sudut kecil ini pula dijadikan sudut rekreasi untuk permainan dalaman, di samping rak-rak majalah sebagai bahan bacaan tambahan.

 Kaunter kecil ini pula berperanan menguruskan pinjaman dan pemulangan buku murid dan guru.
 Pinjaman buku secara berkelompok di adakan untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti bacaan NILAM sama ada di Pusat Sumber atau di dalam kelas.
 Sebahagian rak-rak buku yang terdapat di Pusat Sumber sekolah.
 Rak-rak buku NILAM dan rekod-rekod penggunaan pusat sumber berkongsi ruang dengan ruang sirkulasi ( kaunter ).
          Di bahagian ini juga papan kenyataan digunakankan semaksimum mungkin di mana carta organisasi, jadual tugasan pengawas, misi dan visi, peraturan penggunan PSS, pelan kebakaran dan sebagainya ditempatkan.

 Di bahagian tepi bilik PSS ini diwujudkan ruang-ruang seperti sudut galeri, sudut karya , rak penyimpanan CD, televisyen dan sebagainya.
 Di sudut belakang pula dihiasi lukisan mural sebagai sudut bercerita.
 Sebahagian buku-buku bukan fiksyen yang terdapat di pusat sumber sekolah.
Di dinding luar pusat sumber pelbagai maklumat dilekatkan agar murid boleh mendapat maklumat di mana juga mereka berada.
 Antara carta-carta dan gambar yang terdapat di luar pusat sumber.
Inilah keadaan laluan hadapan pusat sumber yang agak sempit namun digunakan sebaik mungkin sebagai laluan ilmu.
         Pada awal tahun 2013, pusat sumber atas keprihatinan pihak sekolah telah mendapat sedikit tambahan ruang kerja GPM di belakang bilik pusat sumber.Sebahagian ruang disediakan  untuk guru-guru menggunakan komputer dan melayari internet.


         Sebahagian lagi dijadikan ruang Guru Perpustakaan dan Media untuk kerja-kerja berkaitan Pusat Sumber.
          Dewan terbuka di tengah-tengah bangunan ini dikenali sebagai Tapak Perhimpunan NILAM kerana disinilah aktiviti bacaan NILAM pada waktu pagi dijalankan. Selain itu pelbagai aktiviti berkaitan Pusat Sumber , Panitia dan aktiviti-aktiviti sekolah juga dijalankan di sini.

         Adalah menjadi harapan saya sebagai Guru Perpustakaan dan Media di sekolah ini, untuk sama-sama kita sebagai warga SK St Francis menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin sama ada di bilik PSS atau di blog PSS ini. Semoga ianya memberi kita manfaat bersama demi kejayaan dan kecemerlangan sekolah khasnya dan juga seluruh anak bangsa Malaysia amnya.



0 comments: