Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat
Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih
dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu
sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak
raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan
salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu
akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment