JKKK Kampung Merapoh,
27210, Kuala Lipis,
Pahang.
____________________________________________________________________________
Pegawai Daerah,
Pegawai Daerah,
Kompleks Kerajaan,
27100 Kuala Lipis,
Pahang.
24 APRIL 2012
Tuan,
Pencemaran di Kampung Merapoh
Saya Wahab bin Ali, Setiausaha JKKK Kampung Merapoh ingin memaklumkan beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung ini. Hal ini berlaku sebaik sahaja pembukaan sebuah kilang simen di kawasan bekas lombong emas yang dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan dan keselamatan penduduk kampung ini.
Tuan,
Pencemaran di Kampung Merapoh
Saya Wahab bin Ali, Setiausaha JKKK Kampung Merapoh ingin memaklumkan beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung ini. Hal ini berlaku sebaik sahaja pembukaan sebuah kilang simen di kawasan bekas lombong emas yang dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan dan keselamatan penduduk kampung ini.
2. Pembukaan kilang ini telah menyebabkan debu-debu beterbangan. Hal ini mengakibatkan rumah penduduk kampung dipenuhi dengan debu serta menjejaskan kesihatan penduduk. Ramai penduduk yang menghidap asma dan batuk sejak akhir-akhir ini.
4. Sungai Merapoh yang dahulunya merupakan sumber ikan bagi
penduduk kampung kini telah dicemari dengan bahan-nahan merbahaya
meyebabkan ikan-ikan di sungai itu hampir pupus. Airnya yang jernih kini
sudah menjadi keruh kemerah-merahan dan boleh meyebabkan kegatalan atau
penyakit kulit. Kecerian di sepanjang sungai itu yang menjadi tempat
penduduk kampung memancing atau berekreasi kini tiada lagi.
3. Selain itu, lori-lori yang mengangkut simen dan batu sering dipandu dengan laju dan membahayakan keselamatan penduduk. Jalan raya utama ke kampung ini yang berhampiran dengan Balai Polis Kampung Merapoh itu telah rosak teruk tanpa dipedulikan sejak 5 bulan lepas. Lori-lori tersebut menggunakan laluan ini kerana hanya laluan ini sahajalah untuk ke kilang simen itu dari jalan besar.
5. Oleh itu, pihak JKKK Kampung Merapoh, dan penduduk kampung ini ingin pihak tuan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah kami ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
.................................
(WAHAB BIN ALI)
Setiausaha,
JKKK Kampung Merapoh,
27210, Kuala Lipis,
Pahang.
0 comments:
Post a Comment