Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu
ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya
bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.
Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas.
Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli
barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR.
Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua.
Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya
bertaburan di atas jalan raya.
Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang
bertaburan diatas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian
bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja.
Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan
pulang ke rumahanaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan
sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia
mempelawa saya masuk kedalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk.
Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya
tadi.
Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan
buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat
membantu orang yang dalam kesusahan.
11 comments:
i like this
i like this
Nigga
nicee.
Bagus
Ia bantu saya dalam exam
Terima kasih untuk CIKGU SHIMA
Good
Sebijik soalan exam 👍🏻👍🏻
Saya pun , soalannya sebijik
Thanks this helped me alot
Post a Comment