Kita hidup dalam negara pelbagai
bangsa,budaya,kepercayaan dan adat resam. Bila kita ke pasar, bank,
sekolah, pejabat pos, kedai makan, atau ke mana-mana sahaja, ada
pelbagai kaum di sekeliling kita. Adalah dituntut setiap dari kita
walau apa bangsa sekali pun tolong menolong,bantu membantu sebagai titik
hubungan dalam memperkukuhkan lagi negara Malaysia ke arah keamanan dan kesejahteraan setiap rakyat yang menghuni bumi bertuah ini. Sama-sama kita mengamalkannya.
Tolong menolong adalah perlu terutama bagi mereka yang memerlukan
bantuan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit seseorang. Kita
semua adalah manusia dan rata-rata semua agama yang dianuti menekankan
aspek tolong menolong bagi mereka yang memerlukan. Kita
tinggal dalam satu negara dan persepaduan adalah penting.
Kita perlu amalkan sikap tolong menolong tanpa mengira bangsa untuk mengeratkan lagi pertalian perhubungan sesama manusia dan yang paling
penting kita harus ingat setiap yang menolong pasti mendapat kebaikan
yang kita sendiri tidak mengetahuinya. Adakalanya kita menolong semasa orang
dalam kesusahan dan suatu hari bila kita susah orang yang pernah tolong
itu mungin akan menolong kita semula.
Sikap tolong menolong harus ada pada setiap orang kerana itu boleh merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
# karangan yang ditulis dan dihantar oleh seorang pelajar. Sila komen untuk cadangan yang lebih bernas bagi tajuk ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
share
share
Kenape karangan have 4 karangan jerr..tidak menarik
Post a Comment