AWAS! ANDA DILARANG MENIRU..
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak
mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan
keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya
bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya
ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit
"Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu
pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu
sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu
sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan
lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu
sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu
lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot
Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus
menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat
kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin
bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan
mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu
menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu
lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa
Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu
pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di
pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian
kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba
menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai
terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual
daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu
semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.
Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan
yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
semua pun mati......
Post a Comment