Namun, ada juga sesetengah haiwan yang enggan pergi menghadap Raja Sulaiman. "Istana Raja Sulaiman itu tersangat jauh. Matilah aku di tengah perjalanan sebelum dapat sampai ke sana," kata segelintir haiwan yang sengaja mencari helah. Haiwan yang ingkar itu akan dijatuhi hukuman berat oleh Raja Sulaiman. Tersebutlah kisah seekor angsa. Sang Angsa sangat gembira apabila menerima berita Setelah beberapa lama berjalan, Sang Angsa tiba di tebing sungai. "Kalaulah aku pandai berenang, nescaya aku boleh cepat sampai ke istana Raja Sulaiman," kata Sang Angsa dalam hatinya. Sang Angsa ketika itu masih belum pandai berenang. Terpaksalah Sang Angsa terus berjalan perlahan-lahan.
Di pertengahan jalan, Sang Angsa
terserempak dengan seorang perempuan tua. Perempuan tua itu sedang
menangis "Mengapa mak cik menangis?" tanya Sang Angsa. Perempuan itu
lalu memberitahu, "Aku tersangat lapar. Bekalan makananku sudah bis."
Sang Angsa bersimpati pada perempuan itu. "Janganlah mak cik bersedih.
Saya akan tinggal di sini selama beberapa hari untuk bertelur. Telur
saya boleh mak cik jadikan sebagai makanan," ujar Sang Angsa. Tinggallah
Sang Angsa itu di situ selama beberapa hari.
Setiap hari Sang Angsa bertelur sebiji.
Perempuan tua itu sangat gembira kerana dia sudah memperoleh bekalan
kanan. daripada Sang Belatuk itu"Inilah kali pertama aku berpeluang
untuk berjumpa Baginda Raja Sulaiman!" ujar Sang Angsa dengan penuh
gembira. Kononnya, Sang Angsa ketika itu berbulu hitam dan masih
berleher pendek. "Engkau hodoh! Engkau tidak layak masuk ke dalam istana
Raja Sulaiman," Sang Biawak mengejek. Sang Angsa sangat bersedih hati
mendengar ejekan itu. Namun, Sang Angsa tidak mempedulikan ejekan
tersebut. Tanpa berlengah lagi, Sang Angsa berjalan perlahan-lahan
menuju ke istana Raja Sulaiman.
"Tentulah aku akan lewat menghadap Raja Sulaiman," fikir Sang Angsa. Sang Angsa berasa sedih. Namun, Sang Angsa tidak mahu perempuan tua itu mati kerana kelaparan. Beberapa hari kemudian, perempuan tua itu memberitahu Sang Angsa, "Sekarang bolehlah engkau pergi ke istana Raja Sulaiman. Baki telur yang ada ini sudah cukup untuk mak cik." Perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Angsa. "Engkau adalah seekor angsa yang sungguh budiman," kata perempuan tua itu lagi. Sang Angsa lalu meneruskan perjalanannya. Semua haiwan sudah berada di istana Raja Sulaiman. Sang Angsa tiba, tetapi sudah sangat terlewat. "Beritahu pada beta, mengapa engkau lambat sampai?" Raja Sulaiman bertitah kepada Sang Angsa.
Sang Angsa sangat ketakutan. Namun, Sang
Angsa menceritakan perkara sebenar yang telah terjadi itu kepada Raja
Sulaiman. Baginda Raja Sulaiman berasa sangat sukacita kerana Sang Angsa
telah menolong perempuan tua itu. "Engkau adalah seekor angsa yang
sangat budiman," ujar Raja Sulaiman. "Sekarang beta akan kurniakan
hadiah sebagai balasan atas budi baik kamu," kata ja Sulaiman. Sang
Angsa sangat gembira.Kamu akan menjadi seekor haiwan yang berleher
panjang," ujar baginda lagi.
Terkejutlah Sang Angsa mendengar kata-kata
itu. Semua haiwan ketawa berdekah-dekah. Mereka menyangka Sang Angsa
akan menjadi seekor haiwan yang lebih hodoh. Tetapi sangkaan itu salah!
Sang Angsa menjadi haiwan yang sangat cantik. Lehernya panjang, bulunya
putih, dan pandai pula berenang. Sang Biawak pula dijatuhi hukuman oleh
Raja Sulaiman kerana pernah mengejek Sang Angsa. Lidahnya menjadi
panjang, suka terjelir, dan bercabang. Kononnya, itulah sebabnya sampai
sekarang angsa menjadi haiwan cantik, berbadan putih bersih, suka
berenang, dan dipelihara oleh manusia. Biawak pula terpaksa tinggal di
dalam hutan kerana berasa malu. Selain itu, biawak juga suka makan telur
kerana kononnya sangat marah pada angsa, ayam, dan itik.
0 comments:
Post a Comment