PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PENGGUNAAN PUSAT SUMBER


1.

Penggunaan Pusat Sumber secara kelas hendaklah mengikut Jadual Waktu PSS yang telah ditetapkan.

2.

Kelas-kelas yang menggunakan PSS mestilah diiringi oleh guru berkenaan. Guru adalah dilarang sama sekali meninggalkan murid-murid di PSS tanpa kawalan.

3.

Kasut dan beg sekolah tidak boleh dibawa masuk ke dalam PSS.

4.

Sila senyap semasa berada di PSS dan jangan mengganggu pengguna-pengguna lain.

5.

Dilarang makan dan minum di dalam PSS.

6.

Pengguna PSS tidak dibenarkan memunggah sesuka hati atau membiarkan buku-buku bersepah di sana-sini.

7.

Buku-buku yang diambil hendaklah disimpan semula di rak asalnya berpandukan label warna yang serupa di buku dan rak.

8.

Buku rujukan, akhbar dan majalah tidak dibenarkan dibawa keluar daripada PSS.

9.

Sila beratur semasa membuat urusan pinjaman atau pemulangan buku di kaunter PSS.

10.

Pastikan kerusi dan meja disusun dengan kemas selepas selesai menggunakannya.

11.

Jangan menconteng dinding , buku atau perabut yang terdapat di PSS.

12.

Sesiapa yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin oleh Penyelaras PSS.

13.

Hanya guru dan Pengawas PSS yang dilantik sahaja dibenarkan bertugas di kaunter.

14.

Kebersihan dan keselamatan PSS adalah tanggungjawab semua pengguna PSS.

PERATURAN PINJAMAN BUKU

1.

Untuk mendapatkan khidmat pinjaman , anda mestilah mempunyai kad keahlian Perpustakaan berserta gambar berukuran pasport.

2.

Kad keahlian tidak boleh bertukar tangan.Jika didapati ini berlaku , pemilik kad keahlian berkenaan serta pengguna tersebut akan digantung keahliannya selama sebulan.

3.

Murid-murid hanya dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam sesuatu masa selama seminggu iaitu 1 buah buku Bahasa Melayu dan 1 buah buku Bahasa Inggeris.

4.

Buku-buku pinjaman hendaklah dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Denda lewat akan dikenakan sehari 5 sen

5.

Keselamatan dan kebersihan buku-buku adalah menjadi tanggungjawab peminjam. Bayaran gantirugi akan dikenakan jika buku yang dipinjam didapati rosak atau hilang.

6.

Guru dan Pengawas PSS berhak memeriksa bahan yang hendak dibawa keluar dari PSS.

0 comments: