Tajuk : Hari
ini cuaca sangat baik. Kamu masih bercuti persekolahan penggal kedua.
Kamu bercadang hendak memancing ikan bersama-sama rakan baik kamu. Dalam
perjalanan, kamu terlihat tiga orang lelaki sedang melakukan sesuatu.
Gelagat lelaki-lelaki itu sungguh mencurigakan kamu. Ceritakan tindakan
kamu seterusnya. Pagi ini cuaca amat baik. Matahari memancarkan cahayanya yang terang-benderang. Aku masih bercuti persekolahan penggal kedua.
Untuk mengisi masa lapang, aku mengajak rakan baikku, Kean
Yun pergi memancing ikan. Setelah bersetuju, kami pun menyediakan
peralatan memancing. Kami bercadang hendak memancing ikan di pinggir
sebuah hutan.
Oleh sebab kedudukan tempat memancing
tidak berapa jauh, kami berjalan kaki sahaja. Dalam perjalanan itu, kami
berbual-bual dengan gembira.
Beberapa minit kemudian,
kami lalu berhampiran sebuah rumah usang. Di rumah usang itu, kami
melihat tiga orang lelaki sedang mengangkat barang-barang ke dalam rumah
itu. Aku dan Kean Yun saling berpandangan. Siapakah mereka dan apakah
barang-barang yang diangkat oleh mereka itu?
Kami
mengesyaki lelaki-lelaki itu sedang melakukan sesuatu yang tidak baik
lalu kami pun membatalkan rancangan untuk memancing. Kami pergi ke balai
polis berhampiran untuk melaporkan apa yang yang kami lihat. Pihak
polis pun pergi ke rumah usang itu. Setelah menyerbu masuk, mereka
mendapati ketiga-tiga orang lelaki itu sedang menyembunyikan
barang-barang curi. Ketiga-tiga orang lelaki pun ditahan setelah tidak
sempat angkat kaki sebelum polis menawan mereka.
Pihak
polis memuji tindakan kami. Kami telah mengambil tindakan yang betul.
Cuti persekolahan kali ini sungguh bererti bagi kami.
Mimpi Yang Menakutkan
Malam itu cuaca agak terang. Bulan
mengambang di awan. Aku berjalan seorang diri menuju ke rumahku. Aku
baru pulang dari kedai kerana membeli gula untuk ibuku.
Semasa aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku terasa angin bertiup lembut. Dari kejauhan, terdengar bunyi salakan anjing yang memanjang. Aku tidak menghiraukan keadaan itu. Aku cuba bernyanyi-nyanyi kecil untuk menghangatkan suasana yang mulai dingin.
Untuk tiba ke rumahku, aku perlu melalui sebuah rumah usang yang menurut cerita teman-temanku, berhantu. Aku tidak pernah mempercayai kata-kata mereka itu kerana sepanjang aku melalui kawasan rumah itu, aku tidak pernah terjumpa apa-apa. Aku mahu dikenali sebagai anak jantan dan tidak takut menghadapi sebarang cabaran.
Sebaik-baik sahaja aku melintasi rumah usang tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Aku agak hairan kerana cuaca yang tadinya baik, tiba-tiba hujan. Mahu tak mahu, aku terpaksa berteduh di rumah usang itu. Sebaik-baik sahaja aku melangkahkan kaki di hadapan rumah itu, tiba-tiba pintu hadapan rumah itu terbuka dengan sendirinya. Aku agak terkejut, namun aku mencuba memberanikan diriku.
Apabila aku memandang ke arah pintu tersebut, aku terlihat suatu lembaga yang sungguh hodoh melambai-lambai ke arahku. Kakiku menjadi kaku. Lembaga itu kian menghampiriku. Taringnya sungguh panjang. Kakinya tidak menjejak bumi. Dia seakan-akan hendak mencekikku. Aku pun menjerit sekuat-kuat hatiku.
Peluhku mengalir keluar dengan banyak. Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku pun membuka mata. Barulah aku sedar rupa-rupanya aku hanya bermimpi.

Minggu Bahasa Inggeris
Minggu Bahasa Inggeris bermula dari 11 - 15 Mac 2013. Pelbagai aktiviti sedang dan akan dijalankan oleh Panitia Bahasa Inggeris.
Subscribe to:
Posts (Atom)