Sambutan Ulang Tahun kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012

Guru-guru turut bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang
 
Tangga 31..Bulan 8 ..57..MERDEKA! MERDEKA!
Kami bangga menjadi anak Malaysia

Perarakan Basikal Berhias
Perbarisan sekeliling Kawasan Sekolah

Kami Anak Malaysia
Malaysia Boleh !

Merdekaraya!
Permainan Tradisional - Galah Panjang

Jamuan Hari Raya

Lawatan Sambil Belajar -Tajaan Bas Amanjaya Perak

Pada 29 Ogos yang lalu, semua murid Tahap 1 yang terdiri daripada 6 buah kelas telah dibawa mengelilingi tempat-tempat menarik di sekitar Daerah Manjung. Seronok sungguh mereka apabila berpeluang menaiki bas. Mungkin ini kali pertama mereka mendapat pengalaman menaiki bas :-). Lawatan ini ditaja sepenuhnya oleh Bas Amanjaya Perak yang beroperasi di Daerah Manjung. Sebanyak 4 buah bas telah digunakan untuk membawa murid-murid seramai 145 orang dan 6 orang guru.
Tak sabar menaiki bas..sila beratur


Sentiasa berdisiplin

Kami nak berjalan-jalan

Seronokkan naik bas

Kami di Lumut

Kami di Lumut Waterfront

Besarnya ikan!

Di Jeti Lumut

Pengalaman ini sangat menyeronokkan


Kami gembira

Cikgu-cikgu tumpang seronok



Keletihan


Fakta : Cara Menggunakan Masa Dengan Berfaedah

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.

          Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
         Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

         Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.

        Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

       Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.