Tempat Tinggal Saya ( Melengkapkan Cerita )



“Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...” Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...”

Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan.Taman ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap para penggunanya yangbertanggungjawab dan berdisiplin.

Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Olehsebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman inimenjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu.

Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur, jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Adakalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran.

Saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa. Sehubungan denganitu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.

Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan beransur sepi. Sayadan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan,kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi.

Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduksetempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampusedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.

Berkelah Di Hutan Lipur ( Cerita )



Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah, salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.

Pada hari minggu yang lalu, aku, Ravi, dan Kim Leng pergi berkelah di HutanLipur Lata Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, Perak.Kami membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.

Setelah sampai di destinasi, kami meletakkan barang-barang di sebuah pondokyang disediakan. Kami mandi-manda dengan gembira sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak orang yang mandi.

Ravi mencadangkan kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu,ada papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Ravi dan Kim Leng tidak mempedulikannya. Aku tidak mahu mengikut mereka.

Aku bersendirian mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat ini lebih selamat kerana aku tidak pandai berenang.

Tiba-tiba, aku terdengar suara Ravi menjerit meminta tolong. Aku lihat Ravi sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada seorang pemuda di situ, dia terus terjun dan menyelamatkan Ravi.

Ravi berasa amat bersyukur kerana terselamat daripada lemas. Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu ... detik hatiku

Membantu Orang Tua ( Karangan Jenis Cerita )


Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR. 

Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua. Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.

Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang bertaburan diatas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja.

Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumahanaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya masuk kedalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya tadi.

Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.