Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak
kebaikannya. Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah
membuka akaun bank di mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional,
MayBank, Tabung Haji dan lain-lain bagi.
Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin
selamat. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan kita
daripada kecurian dan kehilangan kerana semua itu akan ditanggung oleh
pihak bank. Begitu juga jika sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran
dan banjir, wang kita dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak
bank.
Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya,
kita boleh membiayai perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran di
universiti daripada wang simpanan tersebut. Oleh itu, kita mestilah
menyimpan wang secara tetap supaya boleh digunakan pada masa yang
memerlukan.
Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan wang di bank.
Kita tidak akan boros berbelanja kerana sebahagian wang akan disimpan di
bank. Ini akan melatih kita menjadi seorang yang pandai menguruskan
wang perbelanjaan. Amalan perbelanjaan yang baik akan mengelakkan
seseorang itu terjebak dalam masalah hutang dan sebagainya.
Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan
kerana cara ini amat banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk
menyimpan wang di bank demi kehidupan yang lebih terjamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment