Artikel kali ini dipetik dari sebuah laman The Times Of India
mengenai 5 jenis buah-buahan yang berkhasiat yang mampu memberikan
kesan positif pada tahap kesihatan anda. Yang paling menarik untuk kaum
wanita, dengan pengambilan buah-buahan ini juga mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri. Antara buah-buahan yang dimaksudkan ialah:
1. Pisang
Kelebihan pisang adalah mudah diperolehi di negara kita. Namun pasti ada yang masih tidak tahu akan khasiat pisang. Buah pisang
mempunyai khasiatnya yang tersendiri di mana ia membunyai sumber zat
besi, magnesium dan kalium yang menjadikan tubuh menjadi lebih sihat.
Selain itu, buah pisang juga boleh mengurungkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan vitamin A, B and E. Oleh yang demikian, buah pisang akan menjadi anti penuaan yang membolehkan kulit anda menjadi lebih halus dan berseri.
2. Lemon
Jus Lemon merupakan ramuan penting yang digunakan dalam kebanyakan resipi di India. Namun, Lemon juga boleh diperolehi di kedai yang berhampran di negara kita. Khasiat Lemon
adalah ia mengandungi Vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda untuk
menjadi lebih cantik. Selain itu, anda boleh mengambil segelas air
dicampur dengan madu dan sedikit jus limau pada setiap pagi kerana ia boleh membersihkan kulit. Oleh yang demikian kulit akan menjadi lebih segar dan sihat.
3. Oren
Seperti yang kita ketahui, buah oren juga kaya dengan vitamin C
kerana kemampuannya untuk memulihkan tekstur kulit manusia. Cara-cara
nya adalah dengan menggosokkan bahagian dalam oren pada kulit anda untuk
menyuburkan kulit anda. Selain itu, oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung dimana ia boleh digunakan sebagai penyuci semulajadi. Di samping itu, oren juga memulihkan masalah kulit yang ketara.
4. Betik
Kelebihan buah betik adalah ia kaya dengan anti oksidan
dan mengandungi enzim khas di mana ia mampu memunuh sel-sel mati dan
menulihkan kekotoran yang ada pada kulit manusia. Caranya adalah membuat
segelas susu betik atau menggunakan isi betik yang disapukan pada kulit anda. Kesannya, ia akan membuatkan kulit anda lebih cantik daripada yang sebelumnya.
5. Mangga
Buah mangga juga memberikan manfaat kepada kesihatan manusia kerana mengandungi pelbagai khasiat. Buah mangga
memberikan kesan yang positif kepada kulit manusia di mana buah
tersebut kaya dengan vitamin A dan juga mengandungi anti oksida. Oleh
yang demikian, buah mangga mampu melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan kulit.
5 Jenis Sayuran Mengurangkan Kolesterol
Tahukah anda? Terdapat beberapa jenis sayuran yang boleh membantu anda mengurangkan kolesterol dan seterusnya menjaga kesihatan. Antara sayur-sayuran tersebut ialah;
1. Cili
Makanan yang mengandungi cili dikatakan mampu membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Kajian menunjukkan, cili mengandungi capsaicin yang boleh membantu meningkatkan metabolisma. Capsaicin merupakan makanan termogenik di mana ia akan membakar kalori selama 20 minit selepas anda makan makanan yang mempunyai cili.
2. Daun kari
Makanan yang mengandungi daun kari yang dicampurkan dalam diet harian juga mampu bertindak mengurangkan lemak yang berlebihan serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, adalah digalakkan untuk mencampur daun kari lapan hingga ke sepuluh daun kari dalam makanan diet anda pada setiap hari.
3. Kubis
Kubis mentah atau yang sudah dimasak dipercayai mampu menghalang penukaran gula serta karbohidrat berubah menjadi lemak. Oleh yang demikian, kubis boleh membantu seseorang untuk mengurangkan masalah berat badan.
4. Bawang putih
Bawang putih sememangnya diketahui banyak khasiatnya. Salah satunya ia mampu membakar lemak dalam tubuh dan membantu mengurangkan kolesterol dan mengurangkan lemak. Selain itu, bawang putih juga mengandungi bahan aktif allicin yang mempunyai fungsi anti bakteria.
5. Kunyit
Hasil penyelidikan membuktikan komponen aktif kunyit iaitu Curcumin dapat memantu mematikan gen tertentu yang menyebabkan parut dan pembesaran hati. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kolesterol yang tidak baik serta tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan perederan darah dan menghalang daripada pembekuan darah. Seterusnya, kunyit juga mampu mencegah daripada menghidapi serangan sakit jantung.
1. Cili
Makanan yang mengandungi cili dikatakan mampu membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Kajian menunjukkan, cili mengandungi capsaicin yang boleh membantu meningkatkan metabolisma. Capsaicin merupakan makanan termogenik di mana ia akan membakar kalori selama 20 minit selepas anda makan makanan yang mempunyai cili.
2. Daun kari
Makanan yang mengandungi daun kari yang dicampurkan dalam diet harian juga mampu bertindak mengurangkan lemak yang berlebihan serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, adalah digalakkan untuk mencampur daun kari lapan hingga ke sepuluh daun kari dalam makanan diet anda pada setiap hari.
3. Kubis
Kubis mentah atau yang sudah dimasak dipercayai mampu menghalang penukaran gula serta karbohidrat berubah menjadi lemak. Oleh yang demikian, kubis boleh membantu seseorang untuk mengurangkan masalah berat badan.
4. Bawang putih
Bawang putih sememangnya diketahui banyak khasiatnya. Salah satunya ia mampu membakar lemak dalam tubuh dan membantu mengurangkan kolesterol dan mengurangkan lemak. Selain itu, bawang putih juga mengandungi bahan aktif allicin yang mempunyai fungsi anti bakteria.
5. Kunyit
Hasil penyelidikan membuktikan komponen aktif kunyit iaitu Curcumin dapat memantu mematikan gen tertentu yang menyebabkan parut dan pembesaran hati. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kolesterol yang tidak baik serta tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan perederan darah dan menghalang daripada pembekuan darah. Seterusnya, kunyit juga mampu mencegah daripada menghidapi serangan sakit jantung.
Impian Saya ( ..Akhiri Cerita Anda )
“... Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai
johan dalam pertandingan itu.” Akhiri
karangan kamu dengan “Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”
Bunyi jam loceng mengejutkan saya pada pagi itu. Saya segera
bangun kerana ingin berjoging di padang bola yang berhampiran. Saya perlu
memantapkan fizikal saya untuk menghadapi kejohanan olahraga.
Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi,
hari kejohanan olahraga peringkat daerah semakin hampir. Di sampingitu, ibu
bapa saya senantiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya.
Pada setiap petang, Cikgu Roy akan melatih saya teknik dan
cara berlari. Saya berlatih bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan
pula, saya tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru.
Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya
bersemangat danyakin dengan persediaan yang dibuat. Namun demikian, saya perlu
berhati-hati supaya dapat memulakan larian dengan baik.
Acara dimulakan, tembakan dilepaskan ke udara. Saya
memulakan larian dengan penuh semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian
100 meter dengan baik.Saya menggenggam kad yang diberi oleh hakim penamat.
Selepas itu, saya merenung kad di genggaman. Perasaan saya
berbaur antara gembira dan terharu. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya
muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.
Tempat Tinggal Saya ( Melengkapkan Cerita )
“Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman
permainan. Taman ini ...” Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan
tempat saya tinggal ...”
Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman
permainan.Taman ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap para
penggunanya yangbertanggungjawab dan berdisiplin.
Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman
permainan ini. Olehsebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan
perumahan, taman inimenjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada
setiap hari minggu.
Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya
ialah papan lungsur, jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring,
dan lain-lain lagi. Adakalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di
padang yang berhampiran.
Saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di
samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang
bangsa. Sehubungan denganitu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.
Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan
beransur sepi. Sayadan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah.
Jika ada kesempatan,kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi.
Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak
rasmi penduduksetempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman
permainan ini mampusedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan
setia kawan.
Berkelah Di Hutan Lipur ( Cerita )
Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah
hutan lipur. Semasa berkelah, salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang
hampir meragut nyawanya.Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada
kawan kamu itu.
Pada hari minggu yang lalu, aku, Ravi, dan Kim Leng pergi
berkelah di HutanLipur Lata Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer
dari pekan Tapah, Perak.Kami membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan
pakaian.
Setelah sampai di destinasi, kami meletakkan barang-barang
di sebuah pondokyang disediakan. Kami mandi-manda dengan gembira sekali. Pada
pagi itu, masih belum banyak orang yang mandi.
Ravi mencadangkan kami pergi ke tempat yang airnya agak
dalam. Di tempat itu,ada papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ.
Ravi dan Kim Leng tidak mempedulikannya. Aku tidak mahu mengikut mereka.
Aku bersendirian mandi di tempat yang airnya tidak berapa
dalam. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi
di tempat ini lebih selamat kerana aku tidak pandai berenang.
Tiba-tiba, aku terdengar suara Ravi menjerit meminta tolong.
Aku lihat Ravi sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada seorang
pemuda di situ, dia terus terjun dan menyelamatkan Ravi.
Ravi berasa amat bersyukur kerana terselamat daripada lemas.
Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah
sebelum melakukan sesuatu ... detik hatiku
Membantu Orang Tua ( Karangan Jenis Cerita )
Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu
ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya
bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.
Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas.
Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli
barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR.
Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua.
Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya
bertaburan di atas jalan raya.
Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang
bertaburan diatas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian
bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja.
Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan
pulang ke rumahanaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan
sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia
mempelawa saya masuk kedalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk.
Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya
tadi.
Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan
buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat
membantu orang yang dalam kesusahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)