Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi (توليسن جاوي) ialah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M,  manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Papan iklan di Jalan Tok Hakim, KB
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. 


Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.



Nama-nama hari dalam tulisan Jawi
Isnin اثنين
Selasa ثلاث
Rabu رابو
Khamis خميس
Jumaat جمعة
Sabtu سبتو
Ahad احد


Tulisan jawi kini semakin terpinggir di bumi sendiri semenjak huruf roman diperkenalkan untuk menggantikannya selaras dengan perkembangan teknologi dan juga pengaruh Inggeris terhadap orang Melayu-Islam. 

Kini amnya, tulisan jawi terhad penggunaannya dalam kalangan mereka yang berada dalam institusi agama Islam, seperti para ulamak, guru-guru agama dan pegawai tadbir jabatan agama Islam. Malahan, penerbitan Utusan Zaman seminggu sekali dan hanya menjadi sisipan Utusan Malaysia menandakan merudumnya penggunaan tulisan jawi.

Belakang Parang Jikalau Diasah Nescaya Tajam


MAKSUD :
1) seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai
2) orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh juga menjadi jahat


SITUASI :

Setitis air boleh melekukkan batu sekiranya berterusan. Pantai akan berubah sekiranya ombak terus-terusan memukul. Hujung kayu tidak akan lancip sekiranya tidak diruncingkan. Belakang parang yang tebal dan majal boleh menjadi tipis dan tajam sekiranya terus diasah.

Begitulah juga, seseorang yang kurang pintar akan berubah menjadi cerdik sekiranya terus dididik dengan sempurna dan sabar. Seseorang anak yang kurang ilmu pengetahuan akan bertambah bijak sekiranya dididik dengan unsur tarbiyah yang memikatnya dan menikmatkannya. Pokoknya, kita jangan cepat bosan mengerjakan sesuatu sebelum mencapai kejayaannya.

Hal yang serupa juga boleh berlaku daripada yang murni, tulen dan positif kepada yang cemar, palsu dan negatif. Seseorang yang baik budi pekertinya akan berubah menjadi celupar, dan ganas sekiranya disuguh dengan hal-hal yang tidak baik.

PANTUN :

Anjing garang jangan direjam,
     Dapat gilir mengejar kita;
Belakang parang akan tajam,
     Diasah dikilir dengan serata.

Lentuk atau Lentok?

Lentuk bermaksud mudah dilenturkan agar melengkung (seperti rotan dan lain-lain). 

Sementara lentok pula berhubung dengan kepala yang menghala ke sisi seolah-olah terkulai atau terkelepai ke bawah dan memiring. 

Lentok juga dipakai sebagai kata ganda bagi lentang (lentang-lentok) yang bermaksud terkulai lemah, tidak tegak, atau melentok.

Ayat contoh yang diberi seharusnya menggunakan perkataan lentok (bukan lentuk):
 
Apa yang menarik ialah pad lekapan pada bahagian belakang helmet memastikan kepala anda tidak terlentuk (seharusnya terlentok) ke kanan atau ke kiri ketika anda tidur.

Watikah Pelantikan Pengawas dan Pelancaran NILAM 2013

Perhimpunan rasmi sempena majlis watikah pelantikan pengawas dan pelancaran NILAM

Saya berjanji akan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab

Penyerahan Watikah Pelantikan oleh Guru Besar

Pengawas Sekolah dan PSS melafazkan ikrar untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan

Barisan Pengawas Sekolah

Pengawas PSS bersama GPM

Barisan Pengawas PSS

Pelajar tekun membaca bahan bacaan untuk aktiviti NILAM

Aktiviti NILAM yang dijalankan setiap pagi sebelum sesi pembelajaran di kelas bermula


Ketua dan Penolong Pengawas Sekolah 2013