Peribahasa
‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat
biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil
dengan baiknya.
Ada
setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan.
Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.
Sebagai
menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu
kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera
sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu
berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
Sekiranya
dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya
misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika
itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan
cermat ketika memandu.
Peribahasa di
atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang
yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap
pekerjaan yang dilakukannya
0 comments:
Post a Comment