Meranduk
Sering kita dengar atau jumpa perkataan meranduk tetapi tidak tahu maksudnya.
Surat Memohon Kebenaran
Kelab Kajian Tempatan sekolah kamu akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran RTM di
Angkasapuri Kuala Lumpur. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen
tersebut untuk memohon kebenaran.
Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati,
23000, Dungun,
Terengganu.
____________________________________________________
Pengarah,
Stesen Penyiaran RTM,
Angkasapuri,
50164 Kuala Lumpur. 10 MEI 2012.
Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran RTM
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains
Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran RTM
di Angkasapuri.
2. Lawatan ini
bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang
cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di RTM.Tambahan pula
televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan
kepada murid-murid.
3. Untuk makluman tuan,
berikut adalah butir-butir lawatan kami :
Tarikh : 25.MEI.2012
Masa : 9.00 pagi
Ahli : 35 orang termasuk 3 guru
pengiring
4. Kami amat
berbesar hati sekiranya tuan dapat meluluskan permohonan kami. Kerjasama
daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
(NUR AIN NASUHA BT NASRAN)
Setiausaha Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati.
PERIBAHASA: Biar Lambat Asal Selamat
Peribahasa
‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat
biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil
dengan baiknya.
Ada
setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan.
Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.
Sebagai
menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu
kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera
sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu
berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
Sekiranya
dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya
misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika
itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan
cermat ketika memandu.
Peribahasa di
atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang
yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap
pekerjaan yang dilakukannya
Kekisi ,kekuda, tetupai dan sesiku L
Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain, atau jeruji.
Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain.
Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu.
Sesiku
bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau
mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada
kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan
45°).
BIOGRAFI : Tun Dr Mahathir
Biodata Tun Dr Mahathir
Tun Dr. Mahathir
dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan
Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah
bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang
Perak, Alor Setar, Kedah.
Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang
adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu
Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian
menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai
Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang
cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat
menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di
Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam
pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang
kebajikan pelajar-pelajar lain.
Pada tahun
1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari
University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah
memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di
Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik
sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak
biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra
dan Perlis.
Perkenalan
dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr.
Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII
Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian
masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan
lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956.
Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina
(kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani),
Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Akhirnya, pada 16
Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah
dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55
tahun.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan
merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri,
iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Sepanjang tempoh
22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke
persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal,
mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di
pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan
negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah
negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka
yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
Laporan: Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku.
Pada hari Sabtu 29 Februari 2012 yang lalu, Persatuan Bahasa
Malaysia, Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kemaman telah mengadakan lawatan
sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Terengganu. Lawatan ini
disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.
Tujuan utama lawatan
ini diadakan adalah untuk mengenali
buku-buku bermutu yang sesuai dibeli oleh murid.Selain itu murid-murid juga
dapat menimba pengetahuan tentang perjalanan pameran buku.Di samping itu murid
juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti
lawatan sambil belajar.
Kami tiba di Dewan Pusat Dagangan Terengganu pukul 9.30
pagi. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah sudut pameran buku
terbaharu. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai
jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan buku yang lain.
Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang
disediakan.Di situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku
daripada syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa untuk melihat dan
membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai. Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli
beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku cerita. Kami diberi potongan harga
istimewa oleh pihak penerbit buku tersebut.Ada juga rakan kami yang menyertai
pertandingan kuiz sempena pameran buku tersebut.
Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan
pameran buku yang pernah dianjurkan sekolah kami.Hal ini demikian kerana
terdapat beebrapa acara menarik seperti pertandingan bercerita dan mewarna yang
disediakan untuk pengunjung khususnya murid-murid sekolah.Oleh itu lawatan ini
memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli. Harapan kami agar lebih ramai murid di
sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.
Laporan disediakan oleh,
2 Mac 2012.
……………………………
(MUHAMMAD AIMAN BIN
ALI)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Padang Air.
Surat Memesan Buku
Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah
buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus
pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.
Contoh Jawapan :
Kampung Kemudi,
23000, Dungun,
Terengganu.
_____________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Sasmurni Sdn. Bhd.,
23 & 24, Jalan Murai,
80400, Johor Bahru. 10 MAC 2010.
Tuan,
Memesan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Mohd Aikal Bin Asri
telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan
syarikat tuan.
2. Sehubungan itu,
saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
Bil. Judul Buku Kuantiti Harga Seunit
1. Misteri Rumah Api 1
RM 3.00
2. Misteri Patung Bernyawa 1 RM
4.00
3. Rahsia Kotak Hitam 2
RM
4.00
Jumlah RM
11.00
3. Sehubungan
dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 007 yang bernilai RM
11.00. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut.
Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Subscribe to:
Posts (Atom)