Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan pembangkang dan hadirin yang
saya hormati sekalian. Sebagai pencadang saya tetap dengan pendirian
bahawa “Melancong Dalam Negara Lebih Baik Daripada Melancong Ke luar
Negara”.
Hadirin sekalian,
Hujah saya yang
pertama dengan melancong dalam negara akan dapat meningkatkan semangat
cintakan negara. Hal ini terjadi kerana dengan mengunjungi tempat-tempat
yang bersejarah, seseorang itu akan dapat melihat, memahami, dan
menghayati bagaimana generasi yang terdahulu membangun dan
mempertahankan negara.
Hujah saya yang kedua, dengan
memberikan tumpuan melancong di negara sendiri akan dapat membangunkan
industri pelancongan. Hotel-hotel dan tempat-tempat pelancongan pastinya
akan dapat dibangunkan, dan seterusnya dapat menawarkan pekerjaan
kepada rakyat. Tanpa sokongan pelancong-pelancong tempatan, industri
pelancongan kita pasti malap, lebih-lebih lagi dalam keadaan kelembapan
ekonomi dunia sekarang.
Hadirim sekalian,
Hujah saya seterusnya ialah dengan melancong dalam negara secara
tidak langsung kita dapat menyekat pengaliran wang keluar negara. Ini
sudah tentu akan meningkat dan menyuburkan ekonomi negara. Lebih-lebih
lagi dalam kelembapan ekonomi yang sedang melanda sekarang.
Selain itu, kita akan dapat mengenali budaya rakyat negara kita dengan
lebih dekat lagi. Contohnya, bagi mereka yang tinggal di Sabah atau
Sarawak bolehlah mereka melancong ke negeri-negeri di semenanjung
manakala oarang semenanjung pula sebaliknya. Dengan hal yang demikian
akan wujudlah perpaduan nasional yang kita harap-harapkan.
Hadirin sekalian,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment