Komik merupakan bahan bacaan ringan yang paling popular di kalangan
murid sekolah. Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa membaca komik
boleh mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Antara
keburukannya ialah ada murid yang asyik membaca komik, sehingga tidak
dapat memberi tumpuan kepada pelajaran. Sepatutnya tanggungjawab
murid ialah belajar.
Hadirin sekalian,
Bahasa yang digunakan dalam buku komik
juga tidak mematuhi tatabahasa bahasa Melayu, murid-murid sudah pasti
akan menghadapi masalah berbahasa, atau pencemaran bahasa kerana
terpengaruh dengan bahasa pasar komik tersebut.
Selain
itu, komik juga boleh mempengaruhi pemikiran pembaca dengan
cerita-cerita khayalan yang kadang-kadang tidak mempunyai nilai murni.
Apa yang sering ditonjolkan dalam kebanyakan komik yang terdapat di
pasaran ialah bercorak keganasan atau pertarungan dan berunsur humor
sahaja.
Hadirin sekalian,
Bagi murid-murid yang
ketagih dengan komik, mereka sangup berbelanja besar untuk membeli
buku-buku tersebut. Sebaliknya mereka sangat kedekut untuk membeli
buku-buku rujukan atau buku-buku kerja yang sepatutnya menjadi
keutamaan. Bukankah ini merupakan satu fenomena yang merugikan murid itu
sendiri? Marilah wahai pihak pembangkang kita renungkan.
Sebagai kesimpulannya, berdasarkan hujah-hujah yang saya utarakan
tadi, kami di barisan pencadang tetap mengatakan bahawa “Mermbaca Komik
lebih Banyak Membawa Keburukan Daripada Kebaikan Kepada Murid Sekolah”
Sekian, terima kasih.
Perbahasan: Melancong Dalam Negara Lebih Baik Daripada Melancong Ke luar Negara
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan pembangkang dan hadirin yang
saya hormati sekalian. Sebagai pencadang saya tetap dengan pendirian
bahawa “Melancong Dalam Negara Lebih Baik Daripada Melancong Ke luar
Negara”.
Hadirin sekalian,
Hujah saya yang pertama dengan melancong dalam negara akan dapat meningkatkan semangat cintakan negara. Hal ini terjadi kerana dengan mengunjungi tempat-tempat yang bersejarah, seseorang itu akan dapat melihat, memahami, dan menghayati bagaimana generasi yang terdahulu membangun dan mempertahankan negara.
Hujah saya yang kedua, dengan memberikan tumpuan melancong di negara sendiri akan dapat membangunkan industri pelancongan. Hotel-hotel dan tempat-tempat pelancongan pastinya akan dapat dibangunkan, dan seterusnya dapat menawarkan pekerjaan kepada rakyat. Tanpa sokongan pelancong-pelancong tempatan, industri pelancongan kita pasti malap, lebih-lebih lagi dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia sekarang.
Hadirim sekalian,
Hujah saya seterusnya ialah dengan melancong dalam negara secara tidak langsung kita dapat menyekat pengaliran wang keluar negara. Ini sudah tentu akan meningkat dan menyuburkan ekonomi negara. Lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi yang sedang melanda sekarang.
Selain itu, kita akan dapat mengenali budaya rakyat negara kita dengan lebih dekat lagi. Contohnya, bagi mereka yang tinggal di Sabah atau Sarawak bolehlah mereka melancong ke negeri-negeri di semenanjung manakala oarang semenanjung pula sebaliknya. Dengan hal yang demikian akan wujudlah perpaduan nasional yang kita harap-harapkan.

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :
1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)
Ucapan : Mesyuarat Agong
Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Rahim bin Omar, yang dihormati guru
penasihat Kelab Bahasa Melayu, serta rakan-rakan sekalian. Terlebih
dahulu saya selaku pengerusi kelab ini merakamkan ucapkan ribuan terima
kasih atas kehadiran hadirin sekalian dalam Mesyuarat Agong kelab ini.
Hadirin sekalian,
Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Selaras dengan matlamat penubuhannya, untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.
Pada semester pertama, persatuan ini telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalanakan untuk memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair, dan syarahan.
Hadirin sekalian,
Pada semester kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan, kuiz antara rumah-rumah sukan, dan pertandingan drama sebabak antara kelas bagi murid-murid tahap 2.
Selain itu, persatuan juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Perpustakaan Negara. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru terlibat dalam lawatan itu.
Sebelum saya mengundur diri, terlebih dahulu saya mewakili ahli jawatankuasa kelab ini memohon kemaafan jika terdapat kelemahan sepanjang kami menerajui kelab ini.

Ucapan: Majlis Perpisahan Guru
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang
diraikan Cikgu Ishak Ibrahim, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam
sejahtera saya ucapkan.
Seperti yang kita sedia maklum, Cikgu Ishak telah dilantik sebagai Guru Cemerlang. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan sangat-sangat berbangga atas perlantikan cikgu. Kejayaan cikgu adalah kejayaan kami semua.
Hadirin sekalian,
Sepanjang tempoh sepuluh tahun beliau di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi Cikgu Ishak merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usahanya yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.
Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Atas usaha-usaha beliau, tidak memeranjatkan kami apabila pihak Kementerian Pendidikan melantik cikgu sebagai guru cemerlang.
Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini juga, kami berharap cikgu akan terus kekal mengajar di sekolah ini. Kami masih memerlukan kepakaran dan kecemerlangan cikgu untuk terus membimbing kami lebih-lebih lagi UPSR hanya tinggal dua bulan lagi.
Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Cikgu Ishak Ibrahim. Doa kami semoga cikgu akan terus cemerlang dalam kerjaya cikgu dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Subscribe to:
Posts (Atom)