Pelancaran Buletin Sekolah

Sekolah memasukki era baru apabila bakal menerbitkan buletin sekolahnya sendiri. Jika tiada aral melintang, majlis pelancaran akan diadakan pada hari Isnin ini (10/1/2011)

Buletin sekolah ini akan diterbitkan dua kali sebulan. Buletin ini membawakan artikel-artikel semasa dan terkini yang melibatkan sekolah dan warganya.

Sidang redaksi bercadang untuk menjual buletin ini dengan kadar 30 sen senaskhah ( 2 helai dengan 4 muka surat). Ini adalah untuk menanggung kos percetakan dan kertas.

Jika ada sebarang cadangan dan bantahan mengenai perkara ini bolehlah memberikan komen atau tinggalkan mesej anda di buku pelawat.

Sokongan daripada semua warga sekolah dan ibubapa/penjaga amatlah diharapkan demi merealisasikan impian ini.


0 comments: