Hari : Isnin
Masa : 7.30-8.30 pagi

Jalan Raja Omar,32000 Sitiawan,Perak.
Buletin sekolah ini akan diterbitkan dua kali sebulan. Buletin ini membawakan artikel-artikel semasa dan terkini yang melibatkan sekolah dan warganya.
Sidang redaksi bercadang untuk menjual buletin ini dengan kadar 30 sen senaskhah ( 2 helai dengan 4 muka surat). Ini adalah untuk menanggung kos percetakan dan kertas.
Jika ada sebarang cadangan dan bantahan mengenai perkara ini bolehlah memberikan komen atau tinggalkan mesej anda di buku pelawat.
Sokongan daripada semua warga sekolah dan ibubapa/penjaga amatlah diharapkan demi merealisasikan impian ini.
Pada 7 Januari 2011 yang lalu, bertempat di Orchid Inn, Lumut, satu majlis perpisahan dan ramah mesra telah diadakan.
Majlis yang dianjurkan bersama oleh PIBG dan KGKT sekolah ini bertujuan meraikan Pn Rohaida bt Husaini yang telah berpindah ke SK Methodist ACS, Sitiawan.
Pn Rohaida selaku mantan PK Kurikulum di sekolah ini telah berkhidmat selama lebihkurang lima belas tahun di sini. Atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan selama ini, warga sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.