Berita: Banjir
Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.
Penangguhan Majlis Penutupan
Berita: Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh 2011
Berita: Anugerah Pelajar Cemerlang
PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.
Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.
Minggu PSS Bersama Panitia dan Bulan Membaca 2011
Murid-murid begitu kyusuk membaca dengan diawasi oleh guru-guru.
Selain daripada itu pelbagai aktiviti bersama panitia mata pelajaran juga telah dan akan dijalankan. Antaranya ialah Pertandingan Menulis Esei Tahap 2 dan Pertandingan Membina Ayat Tahap 1 yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu.
Panitia Bahasa Inggeris pula telah mengadakan Pertandingan Buku Skrap bertajuk 'My Dictionary'untuk kedua-dua tahap. Panitia Matematik mengadakan Pertandingan Kuiz Siapa Cepat bagi Tahap 1 dan Pertandingan Sejarah Matematik bagi Tahap 2.
Panitia Sains pula telah mengadakan Pertandingan Buku Skrap 'My World' bagi kedua-dua tahap 1 dan 2. Selain daripada panitia mata pelajaran, PSS juga telah mengadakan aktivitinya sendiri. Antaranya ialah Pertandingan Membaca Banyak ( murid dan guru ), Pertandingan Mencari Maklumat di PSS dan juga Pertandingan Menghafal Cerita/Artikel Terbuka.
Melengkapkan cerita: Menolong Nurul
Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.
Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan membawanya pulang.
Kemudian, aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul kelihatan gembira dengan pelawaanku itu. Selepas itu, aku pun mengayuh basikalku di bawah terik cahaya matahari menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 5 kilometer dari situ. Walaupun memenatkan kerana terpaksa mengayuh basikal lebih berat daripada hari-hari biasa tetapi aku gembira kerana dapat menolongnya.
Setiba di rumahnya, bajuku telah basah lencun dengan peluh. Aku memberhentikan basikalku lalu menyuruhnya turun. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum masuk ke rumahnya. Selepas itu, aku terus menuju ke rumahku yang hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya.
Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka kelihatan gembira akan sikapku itu. Kata ayahku. "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri".
Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia
Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.
Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.
Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar daripada kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.
Selamat Hari Guru 2011
Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini temanya dahpun diketahui iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.
Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.
Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.
Tapi dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.
Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang
Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.
Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.
Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah.
Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta.
Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi.
Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.
Melengkapkan cerita: Serina Demam PanasTiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku .... *** *** *** *** *** Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut. Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus. Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka. Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku. Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat. Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad. Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.
Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut.
Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus.
Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka.
Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.
Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.
Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.
Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.
Menyambung Cerita: Anita Terkena Jerat
Mulakan cerita kamu dengan, ‘Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit…’
- terpijak jerat
- badannya tergantung di atas pokok
- cikgu mententeramkan Anita.
- cikgu meniliti jerat
- punca ikatan dijumpai
- murid diminta menyambut Anita
- murid lain memegang tali yang akan dihuraikan
- kami bersyukur kerana Anita selamat.
Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit meminta tolong. Kami semua amat terkejut lantas menoleh ke arahnya. Alangkah terkejutnya apabila terlihat Anita terbuai-buai pada seutas tali yang tergantung pada sebatang dahan pokok. Tanpa berlengah, kami terus berlari menghampirinya. Rupa-rupanya kaki kanan Anita telah terkena jerat yang mungkin dipasang oleh pemburu.
Anita menangis dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada lilitan jerat tersebut. Cikgu Ali segera mententeramkan Anita kerana bimbang kaki Anita akan tercedera teruk.
Kemudian, Cikgu Ali melihat jerat itu dengan teliti untuk mencari jalan melepaskan Anita. Akhirnya, kami menemui punca ikatan jerat itu yang diikat pada pangkal pokok tersebut. Anita boleh diturunkan dengan melepaskan ikatan itu nanti.
Cikgu Ali menyuruh kami bersedia di bawah tempat Anita tergantung untuk menyambutnya. Manakala beberapa orang murid lagi diminta untuk memegang tali yang akan dihuraikan oleh Cikgu Ali supaya Anita dapat diturunkan dengan perlahan-lahan.
Setelah kami semua bersedia, Cikgu Ali pun membuka ikatan jerat itu dengan berhati-hati. Kemudian, Anita diturunkan dengan perlahan-lahan. Akhirnya, Anita berjaya diturunkan dengan selamat.
Kami semua berasa amat bersyukur atas kejayaan itu. Kemudian, Cikgu Ali meminta kami berwaspada kerana di dalam hutan begini, banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku.
Minggu Anti Dadah 2011
Pembukaan banner "Banteras Dadah" sebagai simbol pelancaran minggu anti dadah peringkat sekolah.
Taklimat mengenai minggu anti dadah di sampaikan oleh En. Azizan bin Othman.
Bacaan ikrar minggu anti dadah diketuai oleh En. Hisham bin Abdullah Hadi
Murid melafazkan ikrar dengan penuh semangat sebagai sokongan banteras dadah dan sekolah bebas dadah.
Ceramah anti dadah disampaikan oleh penceramah jemputan .Pelajar-pelajar mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
Aktiviti lain seperti mewarna juga diadakan untuk menyemarakkan lagi semangat agar murid-murid menjauhi dadah.
Kursus LADAP 1
Hari : Sabtu
Masa 8.00-12.30 tengah hari
Slot pertama : Taklimat & Bengkel Pembinaan JPI oleh Pn Teh Maliha dari SK Simpang Empat, Sitiawan.
Slot kedua : Pn Guru Besar memberikan taklimat mengenai program " Bacalah Sayang".
Semoga kursus ini dapat memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan di sekolah in.
Mesyuarat PIBG 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 Petang
Ucapan daripada wakil Guru Besar, En Shamsuddin penolong Kanan 1 mengenai perkembangan semasa sekolah.
Ucap utama daripada yang Dipertua PIBG sekolah En.Mohd Hafidz.
Sebahagian ibu bapa yang begitu prihatin tentang perkembangan anak-anak hadir ke mesyuarat.
Terima kasih kepada En.Prebagaran yang sudi memberikan ceramah motivasi keibu bapaan.
Barisan jawatan kuasa PIBG memulakan mesyuarat dan perbincangan.
Sesi bertemu guru kelas untuk mengetahui perkembangan dan masalah anak masing-masing.
Selamat menjamu selera...
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Hari : Sabtu
Tempat : Tapak Perhimpunan
masa : 7.30 pagi- 12.30 tengah hari
Sama-sama berselawat dan bermarhaban.
Perarakan di sekeliling kawasan luar sekolah.
Penatnya ustazah...haus ni..
Ceramah Maulidur Rasul daripada ustaz jemputan.
Terima kasih ustaz, lain kali datanglah lagi..
Aktiviti sempena MaulidurRasul.
Semua pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna dan melukis poster.
Penyampaian hadiah disampaikan oleh Puan Guru Besar.
Terima kasih cikgu...
Watikah Pengawas, Pelancaran NILAM & Buletin Sekolah
Hari : Isnin
Masa : 7.30-8.30 pagi
Ucapan Guru Besar sempena majlis pelancaran NILAM, Buletin Sekolah dan Watikah Pelantikan pengawas 2011.
Barisan guru sesi 2011.
Barisan pengawas sekolah
Murid-murid mendengar amanat yang disampaikan oleh Puan Guru Besar.
Pengawas sekolah sedang menerima surat watikah pelantikan pengawas.
Ini pula barisan pengawas Pusat Sumber.
Pelancaran NILAM & Watikah Pengawas PSS
Guru Perpustakaan dan Media memberikan penerangan mengenai program Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2011.
Simbolik kapsul pelancaran NILAM dan surat pelantikan pengawas PSS.
Penyerahan kapsul NILAM sebagai tanda pelancaran NILAM 2011.
Sebahagian daripada pengawas PSS sedang menerima watikah pelantikan.
Pengawas PSS bersedia menerima tugas dan amanah yang diberikan.
Pengawas PSS berserta Guru Perpustakaan & Media sesi 2011.
Pelancaran Buletin Sekolah
Buletin sekolah ini akan diterbitkan dua kali sebulan. Buletin ini membawakan artikel-artikel semasa dan terkini yang melibatkan sekolah dan warganya.
Sidang redaksi bercadang untuk menjual buletin ini dengan kadar 30 sen senaskhah ( 2 helai dengan 4 muka surat). Ini adalah untuk menanggung kos percetakan dan kertas.
Jika ada sebarang cadangan dan bantahan mengenai perkara ini bolehlah memberikan komen atau tinggalkan mesej anda di buku pelawat.
Sokongan daripada semua warga sekolah dan ibubapa/penjaga amatlah diharapkan demi merealisasikan impian ini.
Latihan Rumah Sukan
Perubahan jadual adalah tertakluk pada sekolah.
Jadual Cuti Berganti 2011
Majlis Perpisahan Pn Rohaida
Pada 7 Januari 2011 yang lalu, bertempat di Orchid Inn, Lumut, satu majlis perpisahan dan ramah mesra telah diadakan.
Majlis yang dianjurkan bersama oleh PIBG dan KGKT sekolah ini bertujuan meraikan Pn Rohaida bt Husaini yang telah berpindah ke SK Methodist ACS, Sitiawan.
Pn Rohaida selaku mantan PK Kurikulum di sekolah ini telah berkhidmat selama lebihkurang lima belas tahun di sini. Atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan selama ini, warga sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.