Bersama-sama Menuju Puncak Kejayaan


Sudahkah anda dapat apa yang anda inginkan? Jika sudah, teruskan berusaha untuk mencapai perkara lain yang anda impikan. Bukankah setiap masa kita pasti akan ada impian yang baru. Jika belum tertunai, juga teruskan berusaha. Jangan sesekali berputus asa atas kegagalan yang terjadi. Gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Semua orang pasti ingin berjaya. Adakah anda ingin berjaya? Namun, saya ingin tanya kepada anda. Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan? Cuba fikir-fikirkan.

Apakah yang anda inginkan pada masa hadapan? Jawapannya sama sahaja. "Saya mahu berjaya". Tetapi bila saya bertanya semula, "Berjaya yang bagaimana ya? Cuba jelaskan". Ada yang terpinga-pinga, tergaru-garu walaupun kepala tidak gatal dan sebagainya. Ada juga yang menjawab "Tak tahulah berjaya macam mana". Jika anda sebegini anda menghadapi satu masalah iaitu masalah tidak tahu diri sendiri.

Dorongan dan semangat motivasi perlu ada untuk bersama-sama mencipta kejayaan sebenar. Mulakan langkah dengan mempersiapkan diri bermula dari sekarang. Usah menangguh lagi! Masa tidak pernah menunggu kita. Teruskan berusaha dan aturkan strategi berkesan.

Hidup ini perlu di kelilingi oleh sahabat yang sentiasa memberikan dorongan untuk kita terus berjaya. Sahabat memainkan peranan secara tidak langsung dalam menentukan hala tuju sebenar kita dalam hidup. Jadi, mulai dari sekarang carilah sahabat yang mampu memberikan dorongan positif.

Mesti ada rasa enggan mengalah. Teruskan perjuangan!

Bersama-sama kita menuju puncak kejayaan untuk hari ini dan merentas masa hadapan cemerlang.

0 comments: