Bersama-sama Menuju Puncak Kejayaan


Sudahkah anda dapat apa yang anda inginkan? Jika sudah, teruskan berusaha untuk mencapai perkara lain yang anda impikan. Bukankah setiap masa kita pasti akan ada impian yang baru. Jika belum tertunai, juga teruskan berusaha. Jangan sesekali berputus asa atas kegagalan yang terjadi. Gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Semua orang pasti ingin berjaya. Adakah anda ingin berjaya? Namun, saya ingin tanya kepada anda. Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan? Cuba fikir-fikirkan.

Apakah yang anda inginkan pada masa hadapan? Jawapannya sama sahaja. "Saya mahu berjaya". Tetapi bila saya bertanya semula, "Berjaya yang bagaimana ya? Cuba jelaskan". Ada yang terpinga-pinga, tergaru-garu walaupun kepala tidak gatal dan sebagainya. Ada juga yang menjawab "Tak tahulah berjaya macam mana". Jika anda sebegini anda menghadapi satu masalah iaitu masalah tidak tahu diri sendiri.

Dorongan dan semangat motivasi perlu ada untuk bersama-sama mencipta kejayaan sebenar. Mulakan langkah dengan mempersiapkan diri bermula dari sekarang. Usah menangguh lagi! Masa tidak pernah menunggu kita. Teruskan berusaha dan aturkan strategi berkesan.

Hidup ini perlu di kelilingi oleh sahabat yang sentiasa memberikan dorongan untuk kita terus berjaya. Sahabat memainkan peranan secara tidak langsung dalam menentukan hala tuju sebenar kita dalam hidup. Jadi, mulai dari sekarang carilah sahabat yang mampu memberikan dorongan positif.

Mesti ada rasa enggan mengalah. Teruskan perjuangan!

Bersama-sama kita menuju puncak kejayaan untuk hari ini dan merentas masa hadapan cemerlang.

Asal Usul dan Adat Resam Tahun Baru Cina

Tidak lama lagi rakan-rakan kita dari kaum cina akan merayakan Tahun Baru Cina. Jom kita sama-sama baca dan mengetahui asal-usul perayaan ini.

1 bulan pertama Imlek setiap tahun ialah hari raya tradisional orang Cina, iaitu Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina yang juga dipanggil “Guonian” ialah hari kebesaran yang paling meriah dan penting di negeri China sudah sekian lama.

Di kalangan rakyat China, banyak terdapat riwayat tentang asal usul Tahun Baru Cina. Salah satunya ialah, pada zaman purba, terdapat sejenis binatang galak yang bernama “Nian”. Pada malam terakhir setiap tahun, ia pergi ke setiap kampung dan keluarga, untuk makan manusia. Pada suatu malam, “Nian” pergi ke sebuah kampung untuk makan manusia lagi, tetapi kebetulan terdapat dua orang kanak-kanak yang sedang bermain cambuk, dan mengeluarkan bunyi yang menakjubkan. “Nian” setelah terdengar bunyi itu, sangat terkejut dan melarikan diri. Ia pergi ke sebuah kampung lagi, dan melihat sehelai baju merah yang digantung di depan pintu sebuah rumah. Ia berasa pelik dengan baju merah itu, dan secara kelam-kabut melarikan diri. Kemudian ia pergi ke sebuah kampung lagi dan melihat ke dalam sebuah rumah , dan dalam rumah itu sangat terang, lalu “Nian” terus melarikan diri lagi. Sejak waktu itu, orang sudah tahu “Nian” takut pada bunyi, warna merah dan cahaya yang terang, dan telah mendapat banyak cara untuk menangkisnya, misalnya menyalakan mercun, menempel kuplet dan memasang lampu, dan ini secara beransur-ansur menjadi adat resam tahun baru Cina.

Kegiatan merayakan Tahun Baru Cina bermula sejak 23 bulan ke-12 tahun Imlek dan sampai 15 bulan pertama tahun kemudian, iaitu pesta Capgohme, selama hampir sebulan. Dalam tempoh itu, terdapat banyak jenis kegiatan bagi merayakannya, termasuk dalam kehidupan harian, istiadat dan hiburan.

Semasa masuk ke bulan 12 tahun Imlek, orang Cina sudah mulai menyapu rumah secara besar-besaran. Namun semasa malam terakhir tahun itu, selepas makan malam sehingga keesokan harinya, menyapu lantai adalah pantang kerana orang Cina menganggap kalau siapa yang menyapu lantai pada waktu itu, dialah mengalami kerugian duit.

Sempena merayakan Tahun Baru China, tidak kita di China utara di China selatan, orang Cina sangat mementingkan makanan. Pada malam terakhir setiap tahun, mereka harus makan dan minum bersama-sama, dan makanan juga bermacam-macam, tetapi lauk ikan amat penting dan tak boleh dikurangkan. Di China utara, pada malam itu, mereka harus makan Jiaozi atau Dumpling, semoga bahagia dan kehidupan serba lancar pada tahun yang tahun. Di China selatan pula, mereka harus makan kuih tahun baru supaya kehidupan makin tahun makin bahagia.

Dalam tempoh merayakan Tahun Baru Cina, orang China suka menempek dan menggantung kertas merah atau barang perhiasan bertuah di depan pintu, halaman, bilik tidur, dinding, jendela dan perabot supaya suasana menjadi meriah. Ini adalah istiadat menempek kuplet, dewa pintu, lukisan tahun baru demikian untuk menunjukkan orang berdoa supaya serba lancar, panjang umur dan hidup bahagia.

Bagi kegiatan hiburan pula, orang Cina sangat kaya dengan perayaan tahun baru Cina, seperti memasang bunga api merupakan yang sangat popular, teka-teki, mengunjungi pesta di kuil-kuil dan menikmati kecantikan lampu bermain tanglong. Kegiatan tersebut biasanya dimulakan sebelum malam tahun baru dan sampai ke kemuncaknya iaitu pesta Capgohme.

Istiadat dalam tempoh Tahun Baru Cina juga banyak. Yang sangat popular ialah saling menghadiahkan kad tahun baru, memberi angbao dan mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina”. Pada malam terakhir setiap tahun, selepas makan malam bersama-sama, generasi muda mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada generasi tua, dan generasi tua memberi angbao kepada kanak-kanak. Pada 1 bulan pertama tahun Cina, orang memakai baju yang mewah dan cantik, mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang tua, kemudian menziarahi saudara mara dan kawan-kawan serta saling mengucapkan “Selamat Tahun Baru”. Pada waktu itu, suasana perayaan sangat meriah dan harmoni.

Program NILAM

Seperti kita sedia maklum, pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah pun dirasmikan pada hari Isnin 11 januari yang lalu. Sebagaaimana ucapan daripada Guru Perpustakaan dan Media, pada tahun ini sekolah akan menjalankan satu projek yang dinamakan "SEMAIAN NILAM".

Berikut adalah kandungan projek tersebut.

1.0 Nama Program : SEMAIAN NILAM

Di sekolah rendah membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Atas dasar itulah pihak sekolah berusaha untuk melaksanakan satu program yang diharapkan dapat menanamkan serta menyuburkan minat membaca di kalangan para pelajar.


2.0 OBJEKTIF
a. Semua guru SK ST FRANCIS khasnya guru-guru kelas dan guru-guru Bahasa Melayu serta Guru Bahasa Inggeris diberi pendedahan akan pelaksanaan program SEMAIAN NILAM di peringkat sekolah.

b. Melalui penghayatan program ini, Program SEMAIAN NILAM peringkat sekolah akan dapat digahkan dan dilaksanakan dengan lebih jayanya.

c. Melalui pendedahan program ini kepada semua guru SK ST FRANCIS ini adalah diharapkan, semua murid-murid SK ST FRANCIS turut akan menikmati impak positif dan menggalakkan murid-murid untuk mengambil dan turut serta dalam setiap program SEMAIAN NILAM yang dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah

3.0 TENTATIF PELAKSANAAN

TARIKH

: SEPANJANG TAHUN 2010

HARI

: SELASA – KHAMIS

MASA

: 7.30 HINGGA 7.40 PAGI :

WAKTU REHAT

TEMPAT

:BILIK DARJAH

: PUSAT SUMBER SEKOLAH

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI

Membaca buku cerita

Membaca Baris Demi Baris

Mengumpul Perkataan

Mengumpul Maklumat

Pusat Sumber Sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan untuk menjayakan program ini.



Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas 2010

Selepas pelancaran NILAM, satu lagi majlis telah diadakan iaitu watikah perlantilan pengawas sekolah, pengawas PSS dan ketua serta penolong darjah. Majlis yang dikelolakan oleh JK Disiplin sekolah ini bertujuan memberi dorongan dan rasa tanggungjawab sebagai pemimpin kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Beginilah suasana pada majlis tersebut.

Barisan guru Sk St Francis 2010

Ucapan daripada guru disiplin sekolah, En Addnan b Ramli.

Bakal pengawas sekolah mendengar taklimat yang diberikan sebelum dilantik secara rasminya.
Majlis penyerahan tali leher pengawas kepada pelajar-pelajar yang dilantik.
Terima kasih cikgu. Saya berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Mungkin itu yang difikirkan oleh pengawas yang dilantik.

Pengawas-pengawas sekolah sedang memakai tali leher yang telah diamanahkan kepada mereka untuk memulakan tugas.

Bacaan ikrar yang dilafazkan diketuai oleh Daniel Gabriel George sebagai Ketua Pengawas 2010.
Guru kelas menerima tali leher ketua dan penolong kelas daripada Penolong Kanan Kurikulum, Pn Rohaida bt Husaini.

Dengan adanya majlis sebegini diharapkan, mereka dapat menjalankan peranan masing-masing demi untuk kesejahteraan warga sekolah keseluruhannya.

Pelancaran Program NILAM 2010

Bertempat di tapak perhimpunan sekolah,pada hari Isnin 11 Januari 2010 program NILAM peringkat sekolah telah dilancarkan dengan rasminya. Pelancaran program pada tahun ini telah dirasmikan oleh wakil dari LIONESS CLUB Sitiawan. Pihak LIONESS CLUB telah diberi penghormatan dalam majlis ini kerana mereka telah sudi menjadi sebahagian penyumbang untuk program2 yang akan dijalankan. Antara aturcara majlis yang dijalankan pada hari tersebut.

Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan.

Wakil-wakil dari LIONESS CLUB Sitiawan iaitu dari kanan Pn villy, Pn Mala dan Pn Ooi. Di kiri sekali ialah Pn Haslinda bt Halid Guru Besar Sk St Francis.
Guru Perpustakaan dan Media Pn Nor Hasimah bt Khamis, memberikan penerangan mengenai program NILAM yang akan dijalankan pada tahun ini iaitu "SEMAIAN NILAM" pada semua hadirin.

Acara simbolik penyerahan buku-buku cerita kepada pihak sekolah oleh wakil LIONESS CLUB sebagai tanda perasmian program NILAM peringkat sekolah pada tahun ini.

Semoga apa yang dirancang akan mencapai matlamat dan objektifnya.

Watikah Perlantikan Pengawas PSS 2010

Pada 11Januari iaitu hari Isnin yang lalu telah adakan majlis watikah perlantikan pengawas sekolah, pengawas PSS dan ketua serta penolong kelas.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana majlis perlantikan pengawas PSS 2010.

Pengawas-pengawas PSS yang di lantik menunggu giliran masing-masing untuk menerima watikah daripada Penolong Kanan sekolah.

Guru-guru membantu memakaikan tali leher pengawas tahap 1.

Ketua pengawas PSS 2010 iaitu Mohd.Zakri bin Saidin dan Penolong Arvinthan a/l Mohan.

Bacaan ikrar dilafazkan oleh pengawas untuk mejalankan tugas yang telah diamanahkan.


Pasukan pengawas PSS 2010.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Mutiara Hati