Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6 telah diadakan pada 12 November 2009. Majlis ini diadakan sebagai tanda salam perpisahan di antara guru-guru dan para pelajar Tahun 6 setelah enam tahun bersama-sama di sekolah ini.

Guru Besar Pn Haslinda bt Halid sedang memberikan pelbagai pesanan kepada para pelajar sebelum meninggalkan alam persekolahan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke alam sekolah menengah.

Wakil Pelajar Choo Chun Fei sedang menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah bersusah payah dan penuh sabar mendidik mereka. Jasamu dikenang...

Warga sekolah sedang mendengar ucapan sambil menanti saat untuk menjamu selera....!

Wajah-wajah ceria dan duka para pelajar yang akan meninggalkan SK ST FRANCIS...Sayonara...
0 comments:
Post a Comment