Tarikh : 19 JUN 2009
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tgh
Peperiksaan PKSR I telah pun berakhir. Keputusan pelajar-pelajar juga sudah diumumkan. Atas kepentingan kemajuan pelajar-pelajar, satu hari terbuka telah diadakan. Hari terbuka ini bertujuan untuk membolehkan ibubapa mendapat penerangan yang jelas mengenai pencapaian anak-anak mereka di sekolah.
Di samping itu guru-guru juga dapat memberitahu kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka agar kita sama-sama dapat memberi perhatian sewajarnya.
Berikut adalah suasana pada hari terbuka tersebut :
Di samping itu guru-guru juga dapat memberitahu kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka agar kita sama-sama dapat memberi perhatian sewajarnya.
Berikut adalah suasana pada hari terbuka tersebut :

Cikgu Noriza sedang memberi penerangan kepada ibubapa seorang pelajar Tahun 5 Gemilang tentang pencapaian anak mereka.

Cikgu Zamharirah sedang membacakan keputusan yang dicapai oleh salah seorang pelajar Tahun 4 Gemilang kepada ibu pelajar tersebut. Serius nampak cikgu!

Cikgu Han guru kelas tahun 6 Gemilang sedang menerangkan pencapaian seorang pelajar.
Bapa ini nampak gembira mendengar keputusan peperiksaan yang diperolehi anaknya. Teruskan usaha anda!

Gembira sungguh Cikgu Hema semasa sesi pertemuan dengan ibu pelajar murid-murid tahun 6 Cemerlang. Ada berita baik ke?

Mungkin ibu pelajar ini agak terkejut melihat keputusan yang diperolehi anaknya. Cemerlang atau merosot? Mrs.Hong memberi penerangan mengenai pencapaian anaknya di kelas 3 Gemilang.

Anak puan perlu diberikan bimbingan juga semasa di rumah. Mungkin begitu yang disampaikan oleh Cikgu Haslina kepada ibu pelajar tahun 3 Cemerlang ini.

Inilah pencapaian anak encik dalam PKSR1. Mungkin itu yang diperkata oleh Cikgu Mahani kepada bapa pelajar Tahun 4 Cemerlang ini. Usaha lagi !

Cikgu Nurul begitu bersungguh-sungguh menerangkan sesuatu kepada ibu pelajar Tahun 1 Cemerlang ini. Diharapkan ibu ini dapat sama-sama membimbing anaknya agar lebih berjaya.

Beginilah suasana di pekarangan kelas semasa ibubapa dan penjaga pelajar menunggu giliran untuk bertemu dengan guru kelas anak-anak mereka.
Semoga pertemuan seperti ini dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dan padu antara sekolah dan masyarat untuk memainkan peranan masing-masing demi kemajuan dan kejayaan para pelajar.
0 comments:
Post a Comment