Majlis Perpisahan En. Lurman b. Md. Rani



"Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan."








"Kalau tuan mudik ke hulu,
Belikan saya kain sutera;
Jikalau tuan pergi dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga."


HARI TERBUKA SKSF

Tarikh : 19 JUN 2009
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tgh

Peperiksaan PKSR I telah pun berakhir. Keputusan pelajar-pelajar juga sudah diumumkan. Atas kepentingan kemajuan pelajar-pelajar, satu hari terbuka telah diadakan. Hari terbuka ini bertujuan untuk membolehkan ibubapa mendapat penerangan yang jelas mengenai pencapaian anak-anak mereka di sekolah.

Di samping itu guru-guru juga dapat memberitahu kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka agar kita sama-sama dapat memberi perhatian sewajarnya.
Berikut adalah suasana pada hari terbuka tersebut :


Cikgu Noriza sedang memberi penerangan kepada ibubapa seorang pelajar Tahun 5 Gemilang tentang pencapaian anak mereka.
















Cikgu Zamharirah sedang membacakan keputusan yang dicapai oleh salah seorang pelajar Tahun 4 Gemilang kepada ibu pelajar tersebut. Serius nampak cikgu!












Cikgu Han guru kelas tahun 6 Gemilang sedang menerangkan pencapaian seorang pelajar.
Bapa ini nampak gembira mendengar keputusan peperiksaan yang diperolehi anaknya. Teruskan usaha anda!













Gembira sungguh Cikgu Hema semasa sesi pertemuan dengan ibu pelajar murid-murid tahun 6 Cemerlang. Ada berita baik ke?











Mungkin ibu pelajar ini agak terkejut melihat keputusan yang diperolehi anaknya. Cemerlang atau merosot? Mrs.Hong memberi penerangan mengenai pencapaian anaknya di kelas 3 Gemilang.














Anak puan perlu diberikan bimbingan juga semasa di rumah. Mungkin begitu yang disampaikan oleh Cikgu Haslina kepada ibu pelajar tahun 3 Cemerlang ini.










Inilah pencapaian anak encik dalam PKSR1. Mungkin itu yang diperkata oleh Cikgu Mahani kepada bapa pelajar Tahun 4 Cemerlang ini. Usaha lagi !









Cikgu Nurul begitu bersungguh-sungguh menerangkan sesuatu kepada ibu pelajar Tahun 1 Cemerlang ini. Diharapkan ibu ini dapat sama-sama membimbing anaknya agar lebih berjaya.










Beginilah suasana di pekarangan kelas semasa ibubapa dan penjaga pelajar menunggu giliran untuk bertemu dengan guru kelas anak-anak mereka.

Semoga pertemuan seperti ini dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dan padu antara sekolah dan masyarat untuk memainkan peranan masing-masing demi kemajuan dan kejayaan para pelajar.

Pertandingan 'SPELLING COMPETITION'

Pada 18 Jun 2009 ( Khamis ) bertempat di Dewan Sk St Francis telah diadakan Pertandingan 'Spelling Competition' Peringkat Daerah Manjung. Pertandingan bermula pada jam 3.00 petang. Sebanyak 8 buah sekolah di dalam daerah Manjung telah mengambil bahagian.

Pertandingan dijalankan penuh meriah dan juga debaran. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan dan penuh kesungguhan.

Walaupun hanya seorang daripada empat pelajar kita yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir namun kesemua mereka telah mencuba yang terbaik. Di pusingan terakhir, peserta kita iaitu Povindthran dari kelas 6 Gemilang telah berjaya mendapat tempat pertama. Tahniah! Povind! Sk St Francis BOLEH!

Peserta dari SK Convent, telah berjaya meraih tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dan sijil pertandingan' Spelling Competition' telah dirasmikan dan disampaikan oleh wakil dari PPD Manjung.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakannya. Semoga peserta kita yang akan mewakili daerah Manjung ke peringkat negeri akan pulang dengan kemenangan!

St Francis! BOLEH!