Sumbangan Buku PSS dan Kipas Dewan dari Lion Club Sitiawan

Setiap petang Selasa jam 6.00-7.00 petang, gelanggang terbuka SK St Francis  telah digunakan sebagai tempat untuk aktiviti senamrobik/tai chi oleh Club Lion Sitiawan. Atas dasar ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihat sekolah, wakil dari pihak Lion Club telah sudi hadir dan menyampaikan sumbangan berbentuk buku PSS dan juga 4 buah kipas kaki. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih.
 Semoga hubungan sebegini akan terus berkekalan..





5 Jenis Buah Untuk Kulit Lebih Berseri

Artikel kali ini dipetik dari sebuah laman The Times Of India mengenai 5 jenis buah-buahan yang berkhasiat yang mampu memberikan kesan positif pada tahap kesihatan anda. Yang paling menarik untuk kaum wanita, dengan pengambilan buah-buahan ini juga mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri. Antara buah-buahan yang dimaksudkan ialah:

pisang
1. Pisang
Kelebihan pisang adalah mudah diperolehi di negara kita. Namun pasti ada yang masih tidak tahu akan khasiat pisang. Buah pisang mempunyai khasiatnya yang tersendiri di mana ia membunyai sumber zat besi, magnesium dan kalium yang menjadikan tubuh menjadi lebih sihat. Selain itu, buah pisang juga boleh mengurungkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan vitamin A, B and E. Oleh yang demikian, buah pisang akan menjadi anti penuaan yang membolehkan kulit anda menjadi lebih halus dan berseri.

2. Lemon
Jus Lemon merupakan ramuan penting yang digunakan dalam kebanyakan resipi di India. Namun, Lemon juga boleh diperolehi di kedai yang berhampran di negara kita. Khasiat Lemon adalah ia mengandungi Vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda untuk menjadi lebih cantik. Selain itu, anda boleh mengambil segelas air dicampur dengan madu dan sedikit jus limau pada setiap pagi kerana ia boleh membersihkan kulit. Oleh yang demikian kulit akan menjadi lebih segar dan sihat.
limau
3. Oren
Seperti yang kita ketahui, buah oren juga kaya dengan vitamin C kerana kemampuannya untuk memulihkan tekstur kulit manusia. Cara-cara nya adalah dengan menggosokkan bahagian dalam oren pada kulit anda untuk menyuburkan kulit anda. Selain itu, oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung dimana ia boleh digunakan sebagai penyuci semulajadi. Di samping itu, oren juga memulihkan masalah kulit yang ketara.

4. Betik
Kelebihan buah betik adalah ia kaya dengan anti oksidan dan mengandungi enzim khas di mana ia mampu memunuh sel-sel mati dan menulihkan kekotoran yang ada pada kulit manusia. Caranya adalah membuat segelas susu betik atau menggunakan isi betik yang disapukan pada kulit anda. Kesannya, ia akan membuatkan kulit anda lebih cantik daripada yang sebelumnya.


mangga

5. Mangga
Buah mangga juga memberikan manfaat kepada kesihatan manusia kerana mengandungi pelbagai khasiat. Buah mangga memberikan kesan yang positif kepada kulit manusia di mana buah tersebut kaya dengan vitamin A dan juga mengandungi anti oksida. Oleh yang demikian, buah mangga mampu melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan kulit.

5 Jenis Sayuran Mengurangkan Kolesterol

Tahukah anda? Terdapat beberapa jenis sayuran yang boleh membantu anda mengurangkan kolesterol dan seterusnya menjaga kesihatan. Antara sayur-sayuran tersebut ialah;

cili-padi

1. Cili
Makanan yang mengandungi cili dikatakan mampu membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Kajian menunjukkan, cili mengandungi capsaicin yang boleh membantu meningkatkan metabolisma. Capsaicin merupakan makanan termogenik di mana ia akan membakar kalori selama 20 minit selepas anda makan makanan yang mempunyai cili.

2. Daun kari
Makanan yang mengandungi daun kari yang dicampurkan dalam diet harian juga mampu bertindak mengurangkan lemak yang berlebihan serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, adalah digalakkan untuk mencampur daun kari lapan hingga ke sepuluh daun kari dalam makanan diet anda pada setiap hari.
kubis
3. Kubis
Kubis mentah atau yang sudah dimasak dipercayai mampu menghalang penukaran gula serta karbohidrat berubah menjadi lemak. Oleh yang demikian, kubis boleh membantu seseorang untuk mengurangkan masalah berat badan.

4. Bawang putih
Bawang putih sememangnya diketahui banyak khasiatnya. Salah satunya ia mampu membakar lemak dalam tubuh dan membantu mengurangkan kolesterol dan mengurangkan lemak. Selain itu, bawang putih juga mengandungi bahan aktif allicin yang  mempunyai fungsi anti bakteria.

5. Kunyit
Hasil penyelidikan membuktikan komponen aktif kunyit iaitu Curcumin dapat memantu mematikan gen tertentu yang menyebabkan parut dan pembesaran hati. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kolesterol yang tidak baik serta tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan perederan darah dan menghalang daripada pembekuan darah. Seterusnya, kunyit juga mampu mencegah daripada menghidapi serangan sakit jantung.