Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati .....
*** *** *** *** ***
Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.
Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku.
Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul
supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah
berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya
dan berjanji akan membawanya pulang.
Kemudian, aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul kelihatan
gembira dengan pelawaanku itu. Selepas itu, aku pun mengayuh basikalku
di bawah terik cahaya matahari menuju ke rumahnya yang terletak
kira-kira 5 kilometer dari situ. Walaupun memenatkan kerana terpaksa
mengayuh basikal lebih berat daripada hari-hari biasa tetapi aku gembira
kerana dapat menolongnya.
Setiba di rumahnya, bajuku telah basah lencun dengan peluh. Aku
memberhentikan basikalku lalu menyuruhnya turun. Nurul kelihatan amat
gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum masuk ke
rumahnya. Selepas itu, aku terus menuju ke rumahku yang hanya beberapa
meter sahaja dari rumahnya.
Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat.
Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka kelihatan
gembira akan sikapku itu. Kata ayahku. "Kita haruslah menolong orang
yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara
mara sendiri".