Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53

Hari ini, 31 Ogos 2010, genap 53 tahun Tanah Melayu bebas dari cengkamam penjajah dan ada lagi 16 hari untuk meraikan hari Penubuhan Malaysia.

Sempena hari kemerdekaan ke – 53 ini, Segala penjajahan minda dan moral dapatlah dihindarkan supaya rakyat Malaysia mendapat kemerdekaan secara total. Slogan “1Malaysia Menjana Transformasi” bagi saya perubahan minda dan moral kepada yang lebih baik.

Diharap rakyat Malaysia dapat mengekalkan keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada. Jangan jadikan keruntuhan moral, perkauman dan pekara – pekara negatif yang lain menghancurkan kemerdekaan yang dibina sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-53. 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Karangan Jenis Autobiografi

1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara
terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
· tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik
· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
· perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan nilai-nilai murni

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.

Pengenalan berasal dari Jepun dibuat di sebuah kilang besi waja
terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2 disebut basikal
dipamerkan
berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3 menaiki sebuah kapal dagang
berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4 nasib malang
kapal karam
dijumpai oleh penyelam
dijual sebagai besi buruk
Penutup menjadi bahan terbuang
kesal kerana tidak dapat berbakti

Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Tips UPSR kertas 2 ( Bahagian C )

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C

Pengenalan

Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.

Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.


Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:


1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan

- Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.

- Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran

berdasarkan petikan yang diberi.

- Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.


2. Mencatat nilai murni atau pengajaran

- Baca dan fahami kandungan petikan.

- Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam

petikan.

- Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai

murni / pengajaran.

- Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini

sekitar lima minit.


3. Menulis ayat lengkap

- Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut

tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.

- Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.

- Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

- Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.


4. Menyemak

- Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.

- Semak juga aspek tatabahasanya.

- Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.