Setiap orang mempunyai sikap, tabiat, fahaman dan nilai-nilai hidup yang tersendiri. Justeru itu adalah penting bagi seseorang memahami dan peka terhadap keunikan tersebut, agar dapat mewujudkan perhubungan yang baik diantara sesama manusia. Sesungguhnya dalam kehidupan seharian, kadang kala kita lupa atau tidak menyedari yang kita telah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan perhubungan dengan orang lain. Dalam hal ini, sekiranya perhatian tidak diberi kepada berbagai-bagai keperihalan yang menjadi resipi perhubungan, anda akan menghadapi kerumitan dalam kehidupan bermasyarakat. Beberapa garis panduan yang mungkin boleh mendatangkan manfaat bersama.
Jika anda sedang berinteraksi dengan seseorang, sekali-sekala eloklah disebutkan namanya. Keadaan ini lebih baik dari terus-menerus berinteraksi begitu saja. Orang akan merasa lebih terlibat dan lebih mesra. Bahasa yang digunakan pula hendaklah jangan berbelit-belit yang boleh menimbulkan keraguan. Sebaliknya bahasa itu tanpa mengandungi maksud lain yang tidak menyenangkan. Ini bermakna anda jujur dan bercakap dengan baik selaras dengan firman Allah s.w.t.: “Katalah pada hambaKu supaya mereka memperkatakan perkara-perkara yang baik.” (al-Isra: 35)
Perkara yang tidak patut anda lupakan semasa berinteraksi ialah process mendengar. Anda hendaklah menjadikan diri anda seorang pendengar yang aktif, bukan yang memasukan maklumat ditelinga kiri dan keluar ditelinga kanan. Disyorkan agar anda dapat mendengar dua kali ganda dari bercakap. Jika dalam masa mendengar itu, ada ransangan pula untuk ketawa, anda perlulah ketawa bersama-sama. Jangan terlalu berfikir jauh kehadapan yang boleh melalaikan anda dari mendengar dengan baik.Perlakuan ini boleh menjadikan perhubungan anda dengan orang lain menarik dan saling mengasihi. Allah s.w.t. berfirman: “Orang-orang mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu.” (al-Fath: 29)
Pemilihan tajuk semasa berinteraksi juga penting. Anda tidak digalakkan untuk menyentuh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan agama dan politik secara berlebihan. Apatah lagi cara penyampaian anda itu pula penuh dengan emosi yang menyebabkan orang lain tidak selesa. Seboleh mungkin hendaklah mengelakkan diri dari memberi perhatian kepada sesuatu kesilapan atau keaiban orang lain. Kesedaran harus tertanam dalam diri anda, bahawa tidak ada manusia yang sempurna. Justeru itu bermohonlah kita kepada Allah s.w.t. seperti firmanNya: “Ya Tuhan kami, berilah kebaikan pada kami didunia dan akhirat.” (al-Baqarah: 201)
Anda hendaklah menjadikan diri anda selesa, mesra dan mudah didampingi. Jika mendapat pertolongan atau mendapat sesuatu yang diingini pastikan anda memperlihatkan rasa besar hati dan segera melafazkan syukur atau terima kasih. Anda juga sentiasa bersedia untuk menolong orang lain, jika pertolongan anda diperlukan. Jangan menunjukan reaksi yang anda tidak sukakan seseorang dengan ketara. Allah s.w.t. berfirman: “Allah tidak akan mengubah sesuatu yang ada pada kaum itu, sehingga mereka merubah apa yang ada dalam diri (jiwa) mereka.” (ar-Rad: 11)
Anda dicadangkan supaya tidak banyak membebankan orang lain dengan masalah anda. Adalah tidak salah jika dikatakan yang orang lain pun mempunyai masalah-masalah mereka sendiri. Hanya orang-orang tertentu yang sesuai boleh mendengar masalah anda. Jika tersilap semasa berinteraksi, anda cepat-cepat mengakui kesilapan. Sesungguhnya anda ingin mewujudkan perhubungan yang sihat dan mengalakkan. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah memuliakan tamunya.” (Bukhari dan Muslim)
Jika ada pujian yang perlu diberikan kepada seseorang daripada orang ketiga, anda hendaklah tidak teragak-agak menyampaikan. Anda juga mudah memberi penghargaan perangsang dan semangat kepada orang lain untuk lebih berjaya, sekalipun melebihi anda. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu bagaikan sebuah bangunan, yang sebahagian mengukuhkan yang sebahagian lainnya.” (Bukhari dan Muslim)
Anda tidaklah menjadi seorang yang mengkritik, sehingga boleh menimbulkan suasana perhubungan yang tegang. Jika kritik itu terlalu menuntut, anda boleh menyuarakan dengan cara yang bijaksana. Seboleh mungkin kritikkan itu biarlah yang membina. Umumnya dari kaca mata orang lain, anda dilihat sebagai berfikiran positif. Anda cuba untuk tidak melihat sembilan puluh sembilan peratus kejahatan, tetapi cuba menonjolkan satu kebaikan dalam seseorang itu. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa menutupi cela saudaranya, maka Allah taala akan menutupi celanya didunia dan diakhirat.” (Ibnu Majah)
Adakala dalam masa berinteraksi dan berkomunikasi, perasaan anda tersentuh. Anda tidak menunjukan air muka yang keruh atau negatif. Anda memujuk diri anda untuk memberi sangkaan yang baik, sambil menganggap bahawa situasi yang dinyatakan itu belum tentu pokok pangkalnya. Mungkin perkara itu tidak benar atau sengaja diadakan.
Anda perlu mengiktiraf seseorang dengan bertanyakan pendapatnya. Anda tidak monopoli dalam perbualan dan tidak cuba mempengaruhi orang lain. Dalam situasi tertentu, anda lebih suka meminta nasihat dari memberi nasihat. Tegasnya anda tidaklah menjadi jaguh dalam interaksi kumpulan. Malah jika anda seorang ketua sekalipun, anda mengamalkan bentuk komunikasi dua hala, yang tidak saja memberi tetapi menerima. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Perumpamaan dua orang suadara adalah seperti dua belah tangan, yang satu membersihkan yang lain.” (Dailam)
Jika dalam masa anda berhubung dengan orang lain, terdapat kelemahan-kelemahan tertentu dalam diri seseorang seperti gagap, pekak atau perlakuan-perlakuan lain yang lebih pelik, anda hormati kelemahan atau kepelikan itu. Dalam hati anda mengucap syukur kepada Allah kerana menjadikan anda lebih bernasib baik. Anda tidak harus lupa kepada komunikasi tanpa lisan yang boleh timbul dari mimik muka, gerak laku atau isyarat-isyarat lain yang tidak menyenangkan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu semua meneliti kejelikan orang, jangan pula mengamatinya juga janganlah putus memutuskan ikatan, seteru menyeteru dan jadikanlah kamu semua hamba Allah sebagai saudara.” (Bukhari dan Muslim)
Insya-Allah dengan wujudnya perhubungan manusia yang baik, disamping perhubungan dangan Allah yang tidak berbelah bagi, kita akan menjadi individu muslim yang mendapat keredaan Allah didunia dan akhirat.
“Ada Orang Yang Cerdik Tetapi Buruk Hatinya,
“Cerdik Buruk” Namanya.
Cerdik Tersebut Tidak Memberi Manfaat Hanya Merugikan Orang Lain;
Mana Yang Tunduk DititiNya, Mana Yang Tinggi Dipanjatnya.
Cerdik Buruk Berisi Senyuman, Dalam Senyumannya Tersimpan Kedengkian;
Bila Kita Lihat Singa Mengeluarkan Taringnya; Janganlah Disangka Dia Tersenyum.”
Prof.Dr.Hamka.
“Tiada Menimpa Suatu Musibah Dibumi Ini, Atau Didalam Diri Mu Sendiri, Melainkan Semuanya Itu Telah Tertulis Didalam Kitab, Sebelum Dia Terjadi. Semua Itu Bagi Allah Mudah Saja.
Supaya Janganlah Kamu Sekelian Berdukacita Mengingat Barang Yang Telah Hilang Dan Jangan Pula Berdukacita Atas Barang Yang Datang Kepada Mu, Dan Allah Tidak Suka Kepada Tiap-tiap Orang Sombong Dan Membanggakan Diri.”
(al-Hadid: 22)
Disusun oleh,
Ustazah Hayati binti Samsudin
Minggu PSS dan Bulan Membaca 2008
Pada bulan Julai yang lalu Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama semua panitia mata pelajaran telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Minggu PSS dan Bulan Membaca sekolah.Berikut antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Salah seorang peserta sedang menyampaikan lagu dengan penuh perasaan semasa 'audition' pemilihan Bintang Kecil yang dijalankan oleh panitia Muzik.

Pelajar-pelajar sedang sibuk menyiapkan projek 'My Science Dictionary' yang merupakan salah satu aktiviti bagi murid-murid Tahap 1.
Dilaporkan oleh :
Pn.Nor Hasimah bt Khamis
Guru Media/PSS

KISAH MENGUTAMAKAN ISTERI DARI IBU SENDIRI
Dalam kitab al-Kabir, karangan Syamsuddin al-Zahabiy, ada kisah seorang yang derhaka kepada orang tuanya. Ceritanya: Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada
seorang lelaki bernama Alqamah. Orangnya taat kepada Allah, rajin mengerjakan solat,puasa dan bersedekah.
Suatu hari lelaki itu sakit parah (sakaratulmaut). Melihat penyakitnya yang teruk itu, isterinya segera memberitahu

Rasulullah. Mendengar aduan perempuan itu. Rasulullah s.a.w.
menyuruh Ammar, Bilal dan Suhaib pergi melihat lelaki berkenaan untuk mengajarnya mengucap Lailaha Illallah.
Sahabat-sahabat Rasulullah itu pun pergi melihatnya. Penyakitnya memang teruk sehingga sampai ke peringkat ghargharah. Mereka menuntunnya mengucap, tetapi lidahnya kaku dan tidak dapat menuturkannya..
Setelah puas menuntunnya dan tidak juga berhasil, mereka segera mengirim utusan untuk menceritakan keadaan lelaki tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. menanya apakah ibunya masih ada. Sahabat-sahabat mengatakan ibunya masih hidup, lalu Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki seraya berpesan kepadanya: “Katakan kepada orang tua itu begini: Kalau ibu sanggup kita boleh menjumpai Rsulullah s.a.w., tetapi kalau tidak sanggup berjalan, di sini sajalah nanti Rasulullah akan datang.”
Perempuan tua itu berfikir: “Barangkali diriku ini sebagai penebusnya, lebih baik aku mendatangi Rasulullah daripada beliau yang datang di sini.” Perempuan itu berdiri sambil berjalan memakai tongkat menuju rumah Rasulullah s.a.w. Sesampainya di sana, Rasulullah bertanya kepadanya: “Wahai ibu Alqamah, aku ingin bertanya dan tolong jawab dengan jujur. Kalau berdusta, nanti wahyu Allah akan turun menjelaskannya. Sekarang aku bertanya, bagaimana sebenarnya anakmu yang bernama Alqamah itu?” Jawabnya: “Ya Rasulullah, anakku itu rajin mengerjakan solat, puasa dan bersedekah.” Rasulullah bertanya lagi, “Apakah ibu ada berasa sakit hati kepada anak ibu itu?” “Saya memang sakit hati. Kerana ia terlalu sayang dan mengutamakan isterinya, terkadang dia kurang memerhatikan hak ku sebagai ibunya.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Sekarang sudah jelas Alqamah tidak pandai mengucap kerana menyakiti hati ibunya.” Rasulullah menyuruh Bilal mengumpulkan kayu api. Mendengar perintah itu, orang tua tersebut bertanya, “Ya Rasulullah, untuk apa kayu itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Biar ku bakar Alqamah dihadapan ibu.” Orang tua itu terkejut dan berkata, “Jangan ya Rasulullah, aku tidak sanggup melihat anak ku dibakar.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ibu Alqamah, sebenarnya seksa Allah di akhirat lebih dahsyat lagi. Kalau ibu ingin supaya dosanya terampun, maafkanlah kesalahannya. Demi Allah, yang diri ku ini berada dalam kekuasaan-Nya, semua ibadat Alqamah akan sia-sia selama ibunya masih marah kepadanya.”
Perempuan itu berkata: “Ya Rasulullah, saya persaksikan kepada Allah dan malaikat-Nya, serta bersaksi dihadapan kaum Muslimin yang hadir ini, bahawa aku memaafkan kesalahan Alqamah.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai Bilal, sekarang pergilah ke rumah Alqamah dan lihat apakah dia sudah sanggup menucap atau belum. Mudah-mudahan ucapan maaf daripada ibunya itu bukan hanya kerana segan kepada ku.” Tatkala Bilal sampai di halaman rumah Alqamah, dari dalam rumahnya terdengar suara Alqamah mengucapkan kalimat Lailaha Illallah. Rupanya Alqamah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat syahadat itu.”
Kedudukan ibu bapa sangat tinggi dalam Islam. Kewajiban berbakti kepada mereka diletakkan seiring dengan kewajibpan menyembah Allah menerusi firman-Nya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau berbakti kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.” (al-Isra: 23)
Daripada Al-Islam – 1999.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Sesungguhnya, telah Kami lempar kedalam neraka banyak sekali jin dan manusia yang tidak sanggup berfikir dengan hatinya, tidak mahu melihat dengan matanya dan tidak cakap mendengar dengan telinganya. Mereka itu sama dengan binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu adalah orang alpa.”
(al-A’raf: 179)

Disusun oleh :
Ustazah Hayati bt Samsudin
Guru Pendidikan Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)