Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang UPSR 2014

1. Meletakkan niat yang betul untuk menuntut ilmu.

2. Menetapkan sasaran untuk mendapat 5A UPSR.

3. Meyakinkan diri sendiri untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

4. Memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang sesi pembelajaran di kelas.

5. Tidak akan berkhayal, bermain-main atau melakukan percakapan yang tidak menguntungkan di kelas.

6. Berdisplin dengan mengikut apa yang diarahkan oleh guru.

7. Azam untuk mempastikan diri berubah menjadi pelajar yang mengutamakan pelajaran dalam kehidupan seharian.

8. Menanamkan lebih banyak sikap positif dan mengikis sama sekali sikap negatif.

9. Berazam bersungguh-sungguh untuk mendapatkan 5A dalam UPSR.

10. Menjadi Pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.


Sesi Persekolahan 2014

Esok 2 Januari 2014, sesi persekolahan 2014 akan bermula. Diharapkan semua pelajar dapat sampai ke sekolah tepat pada waktunya.

Isnin- 7.20 pagi : Perhimpunan rasmi di tapak perhimpunan.
Selasa - Khamis - 7.20 pagi : Aktiviti bacaan NILAM di dewan terbuka sekolah.
Jumaat- 7.20 pagi :  Aktiviti 10 minit Anti Dadah/Peraturan Sekolah di tapak perhimpunan rasmi.

Waktu Persekolahan
Tahap 1 - 7.20 pagi hingga 1.00 petang ( Isnin dan Selasa )
                7.20 pagi hingga 12.30 tgh hari ( Rabu dan Khamis )
Tahap 2 - 7.20 pagi hingga 1.30 petang ( Isnin dan Selasa )
                7.20 pagi hingga 1.00 petang ( Rabu dan Khamis )

Hari Jumaat : 7.20 pagi hingga 12.00 tgh hari ( Semua Pelajar )


Datangku dengan harapan.
Pulangku dengan kejayaan.

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Jualan Buku 2014

Pendaftaran Tahun Satu sesi 2014 telah diadakan pada 31 Disember 2013.  Murid-murid diberikan ujian saringan untuk menentukan tahap kebolehan mereka. Ibubapa pula telah diberikan taklimat berkaitan Program Linus dan KSSR. Selain itu ibubapa juga diberikan panduan berkaitan pengisian kad kesihatan dan juga kad gigi oleh oktor yang berkaitan. Jualan buku juga telah diadakan selama dua hari iaitu pada 30 dan 31 Disember 2013 untuk semua kelas.

 Pertama kali masuk ke kelas..termenung
 Ibubapa mendengar taklimat dan ceramah kesihatan ketika anak-anak mengambil ujian saringan.
 Tekun mendengar arahan guru ketika ujian dijalankan.
 Ibubapa khyusuk mendengar taklimat yang diberikan.
 Guru Tahun 1 sedang memberi penerangan.
 Ceramah pendek berkaitan kesihatan pelajar & gigi disampaikan oleh dua doktor berkaitan.
 Bimbingan kepada pelajar yang kurang faham.
 Lawatan di persekitaran kawasan sekolah.
 Mewarna dan mencari benda tersembunyi sementara menunggu ibubapa mentelesaikan pembelian buku.

 Suasana di tempat penjualan buku tulis dan buku aktiviti