Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Rahim bin Omar, yang dihormati guru
penasihat Kelab Bahasa Melayu, serta rakan-rakan sekalian. Terlebih
dahulu saya selaku pengerusi kelab ini merakamkan ucapkan ribuan terima
kasih atas kehadiran hadirin sekalian dalam Mesyuarat Agong kelab ini.
Hadirin sekalian,
Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh
persatuan. Selaras dengan matlamat penubuhannya, untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Melayu di kalangan ahli dan murid-murid di sekolah
ini.
Pada semester pertama, persatuan ini telah
menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalanakan untuk
memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah. Antara aktiviti
tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair,
dan syarahan.
Hadirin sekalian,
Pada semester
kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan,
kuiz antara rumah-rumah sukan, dan pertandingan drama sebabak antara
kelas bagi murid-murid tahap 2.
Selain
itu, persatuan juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Dewan
Bahasa dan Perpustakaan Negara. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru
terlibat dalam lawatan itu.
Sebelum saya mengundur
diri, terlebih dahulu saya mewakili ahli jawatankuasa kelab ini memohon
kemaafan jika terdapat kelemahan sepanjang kami menerajui kelab ini.
Sekian, terima kasih.
Ucapan: Majlis Perpisahan Guru
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang
diraikan Cikgu Ishak Ibrahim, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam
sejahtera saya ucapkan.
Seperti yang kita sedia maklum, Cikgu Ishak telah dilantik sebagai Guru Cemerlang. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan sangat-sangat berbangga atas perlantikan cikgu. Kejayaan cikgu adalah kejayaan kami semua.
Hadirin sekalian,
Sepanjang tempoh sepuluh tahun beliau di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi Cikgu Ishak merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usahanya yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.
Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Atas usaha-usaha beliau, tidak memeranjatkan kami apabila pihak Kementerian Pendidikan melantik cikgu sebagai guru cemerlang.
Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini juga, kami berharap cikgu akan terus kekal mengajar di sekolah ini. Kami masih memerlukan kepakaran dan kecemerlangan cikgu untuk terus membimbing kami lebih-lebih lagi UPSR hanya tinggal dua bulan lagi.
Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Cikgu Ishak Ibrahim. Doa kami semoga cikgu akan terus cemerlang dalam kerjaya cikgu dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Berita: Banjir
PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir.
Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan
kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga
kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku
di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi
keadaan tersebut.
Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Subscribe to:
Posts (Atom)