Program Sahsiah J/kuasa Pen.Moral

Sempena majlis Maulidur-Rasul peringkat sekolah yang diadakan pada 5 Mac 2010 ( Jumaat ), Jawatankuasa Pen.Moral turut mengadakan program sahsiah untuk pelajar-pelajar Pen.Moral. Jawatankuasa telah menjemput penceramah jemputan iaitu Kaunselor dari SMK Seri Manjung Pn Hartini bt Shuib.


Di dalam program ini murid-murid didedahkan bagaimana menjadi pelajar yang cemerlang. Di samping itu aktiviti-aktiviti yang menarik juga diselitkan untuk menjadikan program itu menyeronokkan.

Semoga kita menjadi pelajar yang cemerlang!

Pelajar-pelajar Pen.Moral berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar ceramah motivasi.

Siapa boleh dapat 5A ? Kami boleh cikgu! Syabas!

Terima kasih daun keladi, lain masa datanglah lagi..

Sambutan Maulidur-Rasul

Sambutan Maulidur Rasul telah disambut pada 5 Mac 2010. Sempena majlis yang penuh berbahagia itu pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memenuhi program sambutan selama sehari itu.

Di sebelah pagi seawal jam 8.00 pagi, pelajar-pelajar yang beragama Islam telah berhimpun di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai.
Ceramah Maulidur rasul pada kali ini telah disampaikan oleh Ustazah Aminah bt Abd Jabar,merangkap Penyelia Kanan Pendidikan Islam, PPD Manjung.


Pelajar-pelajar Islam begitu khyusuk dan tekun mendengar ceramah yang di sampaikan. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada ceramah tersebut.


Selepas waktu rehat telah diadakan pula pertandingan melukis dan mewarna kad sempena Maulidur Rasul. Selain daripada itu, pertandingan Spelling Bee juga telah diadakan di mana pelajar-pelajar mencipta perkataan menggunakan tulisan jawi. Ini bertujuan agar tulisan jawi dapat diperkukuhkan lagi penggunaannya.


Sama-samalah kita mengambil dan mengamalkan sikap serta keperibadian mulia yang dimiliki oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW...










Temasya Sukan Kali ke 42

Temasya Sukan Sekolah Kali ke 42 telah diadakan pada 25 Febuari 2010 yang lalu. Temasya kali ini yang diadakan secara tertutup telah berjalan dalam suasana yang sungguh meriah.


Lintas hormat pasukan perbarisan rumah-rumah sukan.

Guru besar pn Haslinda bt Halid telah merasmikan temasya sukan pada kali ini. Harapan beliau, melalui temasya ini sekolah dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berbakat pada masa depan.

Bacaan ikrar diketuai oleh adik Mohan diikuti oleh semua murid.

Walaupun diadakan secara tertutup namun sambutan ibu bapa untuk melihat kebolehan anak-anak mereka amat di luar jangkaan.

Rumah Merah menduduki tempat ketiga dan Johan bagi kategori kebersihan khemah terbaik.


Rumah Kuning menduduki tempat kedua dan memenangi kategori perbarisan terbaik.

Rumah biru menjadi johan keseluruhan pada tahun ini di samping memenangi kategori pengurusan disiplin terbaik.


Sebahagian peserta menerima hadiah masing-masing.

Adik Daniel Gabriel dari rumah biru telah terpilih sebagai olahragawan bagi tahun 2010.

Suasana kemeriahan berterusan sehingga ke akhir temasya. Semoga kita dapat berjumpa lagi di tahun hadapan dengan temasya yang lebih besar dan hebat!.