PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir.
Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan
kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga
kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku
di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi
keadaan tersebut.
Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan
penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk
berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air
banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu
menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah
dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di
Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak
tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung
bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak
kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi
meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk
kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi
menghadapi situasi banjir.
Penangguhan Majlis Penutupan
Perhatian kepada semua guru dan pelajar. Majlis penutupan dan Penyampaian Hadiah Minggu PSS bersama Panita & Bulan Membaca 2011 akan ditangguhkan pada 19 September 2011 iaitu selepas peperiksaan UPSR. Harap maklum.
Berita: Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh 2011
Murid tahun enam sekolah anda dianugerahi tokoh murid 2011 atas
kecemelangan dalam pelbagai bidang. Anda diminta menulis berita tentang
kejayaanya itu. Tulis berita itu selengkapnya.
** ** ** ** **
TEMERLOH, 25 OKTOBER 2011-Nor Fatini binti Adam iaitu murid Tahun Enam
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang tahun 2011 telah terpilih sebagai Tokoh
Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh pada tahun 2011. Beliau
terpilih kerana kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Nor Fatini binti Adam ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan
Seri Tualang yang telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun
2011. Sebelum itu, beliau telah mendapat tempat pertama dalam setiap
peperiksaan kelas sejak beliau belajar di Tahun Satu lagi. Keupayaannya
mengekalkan kecemerlangan dalam akademik hingga ke Tahun 6 membuktikan
beliau seorang pelajar yang berkebolehan tinggi.
Nor Fatini binti Adam juga sangat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
Beliau dipilih menjadi Ketua Pandu Puteri dan Setiausaha Pesatuan
Matematik di sekolah beliau pada tahun 2011. Menurut rakan-rakan, beliau
seorang yang mempunyai kesungguhan dan kewibawaan dalam menjalankan
sesuatu aktiviti yang dirancang oleh kelab. Kejayaan terbesar Persatuan
Pandu Puteri Sekolah Kebangsaan Seri Tualang adalah apabila terpilih
sebagai wakil negeri ke Jambori Pandu Puteri Kebangsaan.
Nor Fatini binti Adam juga telah mewakili sekolah dalam kegiatan sukan
dan olahraga. Beliau merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola baling,
bola jaring dan hoki perempuan. Oleh sebab itu, beliau diberi
kepercayaan untuk mengetuai pasukan-pasukan tersebut. Pasukan yang
beliau ketuai telah menempa banyak kejayaan seperti johan bola baling
peringkat Daerah Temerloh, naib johan bola jaring peringkat Daerah
Temerloh dan tempat ke-3 bagi kejohanan hoki peringkat negeri Pahang.
Selain itu
Nor Fatini binti Adam telah memasuki pertandingan bercerita dalam Bahasa
Inggeris dan pertandingan syarahan dalam Bahasa Melayu. Beliau bejaya
menjadi johan peringkat daerah dalam kedua-dua pertandingan tersebut.
Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan lagi ketokohan beliau dalam
pelbagai bidang yang diceburi hingga mengangkat beliau sebagai Tokoh
Murid Daerah Temerloh bagi tahun 2011. Menurut
Nor Fatini kejayaan yang diperolehnya adalah hasil dorongan dan
bimbingan guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Beliau mengucapkan
berbanyak terima kasih atas sokongan dan bimbingan mereka selama ini.
Berita: Anugerah Pelajar Cemerlang
Andaikan anda pemberita akhbar tempatan. Anda perlu membuat liputan
tentang Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri 2011. Tuliskan
berita tersebut.
PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.
Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.
** ** *** ** **
PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.
Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.
Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam
bidang sukan. Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola
Sepak Sekolah Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi johan dalam acara
lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri Pahang.
Di sekolah,
Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan
Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan
di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Setiausaha
Persatuan Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan Metametik.
Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini.
Beliau menasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat
sesuatu itu dengan penuh komitmen, tidak mudah putus asa dan tekun.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan
rakan-rakan atas dorongan dan semangat yang diberikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)