Pendaftaran Tahun 1 sesi 2011

Pendaftaran dan orentasi Tahun 1 untuk sesi 2011 telah diadakan pada 31 Disember 2010.

Program bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar Pn Haslinda bt Halid. Taklimat menjurus kepada perubahan –perubahan semasa yang berlaku dalam dunia pendidikan masa kini dan juga mengenai iklim sekolah.
Taklimat daripada Pn Guru Besar
Ibu bapa begitu kyusuk mendengar
Agak-agak anak aku menangis tak ...mungkin itu yang sedang difikirkan...
Cikgu-cikgu kat sekolah ini garang tak???
Wah, yang belakang tu nampak berani!

Apa aku nak buat dengan tanah liat ni...gelek jer la...

Setelah itu ibubapa membuat pembayaran yuran dan pembelian buku-buku Tahun 1. Murid-murid pula diberikan aktiviti di kelas yang akan mereka duduki untuk membiasakan mereka denga persekitaran alam persekolahan.




TARIKH PEMBELIAN BUKU TULIS & BUKU KERJA SESI 2011

Makluman kepada ibu bapa/penjaga pelajar Sk St Francis. Tarikh pembelian buku tulis dan buku kerja untuk sesi 2011 ialah pada 28 & 29 Disember 2010. Harap maklum.

Memahami "Hari Deepavali"

Hari Deepavali (Hindi: दिपावली, Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

UCAPAN TAKZIAH

Warga sekolah telah kehilangan seorang pelajar yang bernama Naven Yonas dari tahun 5 Intel yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada hari Ahad yang lepas 17/10/2010. Sesungguhnya warga sekolah telah kehilangan seorang pelajar yang amat berpotensi sekali. Salam Takziah...

Program Khidmat Bantu 2010

Pada 27-28 September yang lalu, GPM kelompok PKG Sitiawan telah mengadakan program khidmat bantu selama dua hari di SABK Maahad Islah Batu 10.

Program tersebut disertai oleh 11 orang GPM dan juga PTP PKG Sitiawan Pn Zuraidah.





MAJLIS BACAAN YAASIN PERDANA TAHUN 6





Majlis bacaan Yaasin Perdana ini diadakan pada 20 Ogos 2010(Jumaat) jam 8.00 pagi di SK.St Francis,Sitiawan.Antara objektif majlis ini adalah

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga sekolah yang beragama Islam. Berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri di mana jua berada.

Cuti sekolah bermula pada 4 - 16 September 2010. Cuti pada 15 September akan diganti pada hari Sabtu (akan dimaklumkan kemudian). Semua warga sekolah akan kembali ke sekolah pada 17 September(Jumaat).

Jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana murid-murid Tahun 6 akan menduduki UPSR manakala murid-murid lain akan menghadapi ujian bulan September mulai 21 September.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53

Hari ini, 31 Ogos 2010, genap 53 tahun Tanah Melayu bebas dari cengkamam penjajah dan ada lagi 16 hari untuk meraikan hari Penubuhan Malaysia.

Sempena hari kemerdekaan ke – 53 ini, Segala penjajahan minda dan moral dapatlah dihindarkan supaya rakyat Malaysia mendapat kemerdekaan secara total. Slogan “1Malaysia Menjana Transformasi” bagi saya perubahan minda dan moral kepada yang lebih baik.

Diharap rakyat Malaysia dapat mengekalkan keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada. Jangan jadikan keruntuhan moral, perkauman dan pekara – pekara negatif yang lain menghancurkan kemerdekaan yang dibina sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-53. 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Karangan Jenis Autobiografi

1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara
terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
· tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik
· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
· perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan nilai-nilai murni

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.

Pengenalan berasal dari Jepun dibuat di sebuah kilang besi waja
terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2 disebut basikal
dipamerkan
berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3 menaiki sebuah kapal dagang
berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4 nasib malang
kapal karam
dijumpai oleh penyelam
dijual sebagai besi buruk
Penutup menjadi bahan terbuang
kesal kerana tidak dapat berbakti

Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Tips UPSR kertas 2 ( Bahagian C )

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C

Pengenalan

Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.

Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.


Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:


1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan

- Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.

- Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran

berdasarkan petikan yang diberi.

- Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.


2. Mencatat nilai murni atau pengajaran

- Baca dan fahami kandungan petikan.

- Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam

petikan.

- Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai

murni / pengajaran.

- Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini

sekitar lima minit.


3. Menulis ayat lengkap

- Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut

tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.

- Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.

- Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

- Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.


4. Menyemak

- Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.

- Semak juga aspek tatabahasanya.

- Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.

WORD ART

Majlis Penutupan Minggu PSS & Bulan Membaca 2010

Syukur Alhamdulillah, Minggu PSS & Bulan Membaca telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak terutamanya Puan Guru Besar dan semua panitia mata pelajaran.

Penutupan program ini bukan bermakna berakhirnya budaya membaca yang kita amalkan selama sebulan ini. Ianya merupakan satu permulaaan atau titik tolak untuk semua warga sekolah menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan kita seharian.

Puan Heamah yang mengacarakan majlis pada hari tersebut bersama Puan Jubaidah.
Antara pelajar yang gembira memenangi hadiah masing-masing.
Mohammad Danial bin Azizi merupakan Tokoh NILAM peringkat sekolah 2010. Dia juga mendapat tempat kedua di peringkat PKG Zon Sitiawan. Tahniah!
Terima kasih kepada Puan Guru Besar yang sudi menyampaikan hadiah dan menutup program pada hari tersebut.
Deklamasi sajak oleh adik Mohammad Danial.
Public Speaking oleh adik Julian Ling.
Persembahan koir oleh pelajar-pelajar Tahun 3 Intelligent.
Semoga aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan memberikan manafaat dan faedah yang besar kepada semua pelajar.
Sekali lagi saya sebagai GPM sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak sekolah yang terus memberikan sokongan dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.

SELAMAT BERPUASA

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini,buat semua warga sekolah yang beragama Islam. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT.Amin...

BULAN KECERGASAN 2010

Bulan kecergasan peringkat sekolah telah diadakan selama sebulan. Berikut antara gambar-gambar aktiviti yang dijalankan sepanjang sebulan.






Lirik Lagu Budaya Membaca

Semaikan dijiwa budaya membaca
Pasti bertambah ilmu yang ada
Bangsa dan usia bukan ukuran
Yang membezakan …….Kebijaksanaan

Korus
Bacalah bacalah mari membaca
Mudah dilakukan di mana berada
Bacalah dengan mata dan hati
Dunia luas kita terokai

Beraneka jenis bahan bacaan
Yang bermanfaat pilihan utama
Orang berilmu dipandang mulia
Semaikan budaya membaca

Bacalah bacalah mari membaca
Jadikan membaca budaya kita ( 4 X )

Jadikan membaca … Budaya kita

Lirik lagu Membaca Gaya Wawasan

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas
Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu negara berdaulat

Mari kawan... Kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan membaca gaya wawasan

Everybody take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of wawasan

Tahukah anda lalat askar hitam tidak mempunyai mulut?

Lalat askar hitam (Hermetia illucens) ialah spesies paling biasa ditemui dalam famili Stratiomyidae. Ia terdapat di Eropah, Afrika tropika, Australasia, Amerika Tengah dan timur Asia termasuk Malaysia.[1] Lalat askar hitam adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit. Tempoh hidup seekor lalat askar hitam dewasa adalah di sekitar 5 hingga 7 hari sahaja. Lalat askar hitam dewasa juga tidak mempunyai mulut, tugas bersama pasangannya hanyalah untuk mengawan dan bertelur.

Anggaran tempoh hayat seekor lalat askar hitam terpanjang semasa di peringkat lava. Ia bergantung kepada makanan yang ada, lava akan membesar sehingga sepanjang setengah inci.

Seekor lalat askar hitam boleh bertelur sehingga 500 selama hayatnya seminggu. lalat askar hitam betina akan mencari tempat-tempat yang strategik di persekitaran tempat bahan bahan busuk agar mudah anak-anak lavanya mencari makanan. Kebiasaannya di celah-celah rekahan, bawah daun dan berongkoi-rongkoi kecil tajam berwarna putih kekuningan. Bergantung kepada suhu dan cuaca.

Telur akan menetas dalam masa 4 hari atau lebih.


Selepas menetas lava akan merangkak ke tempat gelap dan busuk untuk makan. Sekiranya cuaca membenarkan dan makanan cukup, lava boleh matang dalam masa 20 hari. Selepas itu ia akan segera keluar dari tempat gelap dan busuk untuk mencari tanah. Ia akan masuk ke dalam tanah dan akan berubah menjadi pupa selepas beberapa hari. Lava boleh hidup sehingga 6 bulan sekiranya makanan masih tidak mencukupi.
[sunting] Pupa

Tempoh pupa Lalat Askar Hitam adalah seminggu. Ianya keras dan akan menetaskan Lalat Askar Hitam dewasa.

Lalat Askar Hitam dewasa berukuran 7-10mm menyerupai penyengat kecil, tetapi tidak mempunyai mulut. Berwarna hitam dan keperang perangan. Ada juga spesis yang berwarna biru. Lalat Askar Hitam dilahirkan samada jantan atau betina hanya untuk tujuan mengawan dan bertelur. Sebab itu Lalat Askar Hitam tidaklah boleh dijadikan penyebab pembawa penyakit, kecuali ianya hinggap di makanan manusia yang sememangnya sudah busuk.

Terdapat satu kes terpencil di Malaysia di mana seorang budak perempuan di masukkan ke hospital kerana penyakit serius. Beliau memuntahkan 2 ekor lava yang dikenal pasti berasal dari lalat askar hitam.

PELANCARAN MINGGU PSS BERSAMA PANITIA & BULAN MEMBACA 2010

Pada 5 Julai 2010 majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber Bersama Panitia & Bulan Membaca 2010 telah diadakan. Pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan telah diadakan oleh setiap panitia mata pelajaran. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu secara tidak langsung mencungkil bakat-bakat yang ada pada para pelajar.

Gambar-gambar semasa majlis tersebut:

Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar, Pn Haslinda bt Halid.

Penerangan daripada Guru Perpustakaan & Media mengenai aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang bulan tersebut ( Julai).
Persembahan deklamasi sajak "Orang Muda" yang disampaikan oleh adik Mohammad Danial b Azizi.
Persembahan koir " Membaca Gaya Wawasan"mengakhiri majlis pada hari tersebut.

Pelancaran Minggu PSS & Bulan Membaca 2010

Program Minggu PSS & Bulan Membaca merupakan aktiviti rutin yang dianjurkan oleh pusat sumber sekolah setiap tahun pada bulan Julai. Pelancaran program ini telah dibuat pada 5 Julai 2010 dengan jayanya.
Sebagai GPM sekolah, penerangan yang jelas telah diberikan kepada semua guru dan pelajar mengenai aktivi-aktiviti yang akan dijalankan selama sebulan.
Dalam ucapannya,Puan Guru Besar mengharapkan semua pihak yang terlibat memberikan kerja sama dan turut mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Antara persembahan yang disampaikan oleh pelajar semasa majlis pelancaran.



Adalah menjadi harapan pihak sekolah program ini akan memupuk semangat sukakan membaca di kalangan warga sekolah.

PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA

Program gunting rambut secara percuma ini telah dijayakan oleh pelatih-pelatih dari sebuah pusat dandanan rambut dari Sitiawan.Ianya sebagai latihan praktikal bagi pelatih-pelatih yang sedang mengikuti kursus mengunting rambut di kolej tersebut.

Murid-murid yang telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa dan pejaga telah diberikan perkhidmatan gunting secara percuma. Guru-guru juga ditawarkan perkhidmatan ini. Memang peluang sebegini rugi kalau dilepaskan. PERCUMA!

Berikut gambar-gambar suasana program pada hari tersebut.