Keputusan UPSR 2008 telahpun diumumkan pada 13 November 2008 yang lalu. Seramai 4 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A. Manakala murid yang memperolehi 4A 1B juga seramai 4 orang. Pada keseluruhannya pencapaian dari segi kualiti bagi semua mata pelajaran adalah memuaskan.
Murid-murid yang berjaya begitu gembira kerana hasil usaha mereka selama ini telah terbalas. Diharapkan kejayaan mereka akan menjadi contoh kepada murid-murid lain.
Dilaporkan oleh,
Pn.Nor Hasimah Khamis
Guru Media
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah telah diadakan pada 13 November 2008 yang lalu. Majlis pada kali ini diadakan secara tertutup disebabkan kekangan waktu yang amat singkat selepas PKSR2.Walaupun begitu majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan meriah sekali atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan semua pelajar.
Pelajar yang berjaya menerima hadiah daripada En.Lurman bin Md.Rani,Penolong Kanan SK St Francis.

Banjir Melanda Sekolah
Pada 21 Oktober 2008 yang lalu, hujan lebat yang turun selama lebihkurang 3 jam tanpa henti telah mengakibatkan padang dan kawasan sekitar sekolah dilanda banjir. Keadaan ini agak luar biasa kerana sebelum ini sekolah tidak pernah mengalami kejadian banjir. Kemungkinan hal ini terjadi kerana kepesatan pembangunan di persekitaran sekolah.Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika kejadian tersebut.
Beginilah keadaan banjir yang melanda kawasan sekolah.
Pemandangan banjir diambil dari luar pagar sekolah.
Pemandangan sekolah semasa berlakunya banjir
Dilaporkan oleh:
Pn.Nor Hasimah Khamis
Guru PSS/Media

PANDUAN CARA BERGAUL DENGAN BAIK
Setiap orang mempunyai sikap, tabiat, fahaman dan nilai-nilai hidup yang tersendiri. Justeru itu adalah penting bagi seseorang memahami dan peka terhadap keunikan tersebut, agar dapat mewujudkan perhubungan yang baik diantara sesama manusia. Sesungguhnya dalam kehidupan seharian, kadang kala kita lupa atau tidak menyedari yang kita telah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan perhubungan dengan orang lain. Dalam hal ini, sekiranya perhatian tidak diberi kepada berbagai-bagai keperihalan yang menjadi resipi perhubungan, anda akan menghadapi kerumitan dalam kehidupan bermasyarakat. Beberapa garis panduan yang mungkin boleh mendatangkan manfaat bersama.
Jika anda sedang berinteraksi dengan seseorang, sekali-sekala eloklah disebutkan namanya. Keadaan ini lebih baik dari terus-menerus berinteraksi begitu saja. Orang akan merasa lebih terlibat dan lebih mesra. Bahasa yang digunakan pula hendaklah jangan berbelit-belit yang boleh menimbulkan keraguan. Sebaliknya bahasa itu tanpa mengandungi maksud lain yang tidak menyenangkan. Ini bermakna anda jujur dan bercakap dengan baik selaras dengan firman Allah s.w.t.: “Katalah pada hambaKu supaya mereka memperkatakan perkara-perkara yang baik.” (al-Isra: 35)
Perkara yang tidak patut anda lupakan semasa berinteraksi ialah process mendengar. Anda hendaklah menjadikan diri anda seorang pendengar yang aktif, bukan yang memasukan maklumat ditelinga kiri dan keluar ditelinga kanan. Disyorkan agar anda dapat mendengar dua kali ganda dari bercakap. Jika dalam masa mendengar itu, ada ransangan pula untuk ketawa, anda perlulah ketawa bersama-sama. Jangan terlalu berfikir jauh kehadapan yang boleh melalaikan anda dari mendengar dengan baik.Perlakuan ini boleh menjadikan perhubungan anda dengan orang lain menarik dan saling mengasihi. Allah s.w.t. berfirman: “Orang-orang mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu.” (al-Fath: 29)
Pemilihan tajuk semasa berinteraksi juga penting. Anda tidak digalakkan untuk menyentuh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan agama dan politik secara berlebihan. Apatah lagi cara penyampaian anda itu pula penuh dengan emosi yang menyebabkan orang lain tidak selesa. Seboleh mungkin hendaklah mengelakkan diri dari memberi perhatian kepada sesuatu kesilapan atau keaiban orang lain. Kesedaran harus tertanam dalam diri anda, bahawa tidak ada manusia yang sempurna. Justeru itu bermohonlah kita kepada Allah s.w.t. seperti firmanNya: “Ya Tuhan kami, berilah kebaikan pada kami didunia dan akhirat.” (al-Baqarah: 201)
Anda hendaklah menjadikan diri anda selesa, mesra dan mudah didampingi. Jika mendapat pertolongan atau mendapat sesuatu yang diingini pastikan anda memperlihatkan rasa besar hati dan segera melafazkan syukur atau terima kasih. Anda juga sentiasa bersedia untuk menolong orang lain, jika pertolongan anda diperlukan. Jangan menunjukan reaksi yang anda tidak sukakan seseorang dengan ketara. Allah s.w.t. berfirman: “Allah tidak akan mengubah sesuatu yang ada pada kaum itu, sehingga mereka merubah apa yang ada dalam diri (jiwa) mereka.” (ar-Rad: 11)
Anda dicadangkan supaya tidak banyak membebankan orang lain dengan masalah anda. Adalah tidak salah jika dikatakan yang orang lain pun mempunyai masalah-masalah mereka sendiri. Hanya orang-orang tertentu yang sesuai boleh mendengar masalah anda. Jika tersilap semasa berinteraksi, anda cepat-cepat mengakui kesilapan. Sesungguhnya anda ingin mewujudkan perhubungan yang sihat dan mengalakkan. Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah memuliakan tamunya.” (Bukhari dan Muslim)
Jika ada pujian yang perlu diberikan kepada seseorang daripada orang ketiga, anda hendaklah tidak teragak-agak menyampaikan. Anda juga mudah memberi penghargaan perangsang dan semangat kepada orang lain untuk lebih berjaya, sekalipun melebihi anda. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu bagaikan sebuah bangunan, yang sebahagian mengukuhkan yang sebahagian lainnya.” (Bukhari dan Muslim)
Anda tidaklah menjadi seorang yang mengkritik, sehingga boleh menimbulkan suasana perhubungan yang tegang. Jika kritik itu terlalu menuntut, anda boleh menyuarakan dengan cara yang bijaksana. Seboleh mungkin kritikkan itu biarlah yang membina. Umumnya dari kaca mata orang lain, anda dilihat sebagai berfikiran positif. Anda cuba untuk tidak melihat sembilan puluh sembilan peratus kejahatan, tetapi cuba menonjolkan satu kebaikan dalam seseorang itu. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa menutupi cela saudaranya, maka Allah taala akan menutupi celanya didunia dan diakhirat.” (Ibnu Majah)
Adakala dalam masa berinteraksi dan berkomunikasi, perasaan anda tersentuh. Anda tidak menunjukan air muka yang keruh atau negatif. Anda memujuk diri anda untuk memberi sangkaan yang baik, sambil menganggap bahawa situasi yang dinyatakan itu belum tentu pokok pangkalnya. Mungkin perkara itu tidak benar atau sengaja diadakan.
Anda perlu mengiktiraf seseorang dengan bertanyakan pendapatnya. Anda tidak monopoli dalam perbualan dan tidak cuba mempengaruhi orang lain. Dalam situasi tertentu, anda lebih suka meminta nasihat dari memberi nasihat. Tegasnya anda tidaklah menjadi jaguh dalam interaksi kumpulan. Malah jika anda seorang ketua sekalipun, anda mengamalkan bentuk komunikasi dua hala, yang tidak saja memberi tetapi menerima. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Perumpamaan dua orang suadara adalah seperti dua belah tangan, yang satu membersihkan yang lain.” (Dailam)
Jika dalam masa anda berhubung dengan orang lain, terdapat kelemahan-kelemahan tertentu dalam diri seseorang seperti gagap, pekak atau perlakuan-perlakuan lain yang lebih pelik, anda hormati kelemahan atau kepelikan itu. Dalam hati anda mengucap syukur kepada Allah kerana menjadikan anda lebih bernasib baik. Anda tidak harus lupa kepada komunikasi tanpa lisan yang boleh timbul dari mimik muka, gerak laku atau isyarat-isyarat lain yang tidak menyenangkan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu semua meneliti kejelikan orang, jangan pula mengamatinya juga janganlah putus memutuskan ikatan, seteru menyeteru dan jadikanlah kamu semua hamba Allah sebagai saudara.” (Bukhari dan Muslim)
Insya-Allah dengan wujudnya perhubungan manusia yang baik, disamping perhubungan dangan Allah yang tidak berbelah bagi, kita akan menjadi individu muslim yang mendapat keredaan Allah didunia dan akhirat.
“Ada Orang Yang Cerdik Tetapi Buruk Hatinya,
“Cerdik Buruk” Namanya.
Cerdik Tersebut Tidak Memberi Manfaat Hanya Merugikan Orang Lain;
Mana Yang Tunduk DititiNya, Mana Yang Tinggi Dipanjatnya.
Cerdik Buruk Berisi Senyuman, Dalam Senyumannya Tersimpan Kedengkian;
Bila Kita Lihat Singa Mengeluarkan Taringnya; Janganlah Disangka Dia Tersenyum.”
Prof.Dr.Hamka.
“Tiada Menimpa Suatu Musibah Dibumi Ini, Atau Didalam Diri Mu Sendiri, Melainkan Semuanya Itu Telah Tertulis Didalam Kitab, Sebelum Dia Terjadi. Semua Itu Bagi Allah Mudah Saja.
Supaya Janganlah Kamu Sekelian Berdukacita Mengingat Barang Yang Telah Hilang Dan Jangan Pula Berdukacita Atas Barang Yang Datang Kepada Mu, Dan Allah Tidak Suka Kepada Tiap-tiap Orang Sombong Dan Membanggakan Diri.”
(al-Hadid: 22)
Disusun oleh,
Ustazah Hayati binti Samsudin

Minggu PSS dan Bulan Membaca 2008
Pada bulan Julai yang lalu Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama semua panitia mata pelajaran telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Minggu PSS dan Bulan Membaca sekolah.Berikut antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Salah seorang peserta sedang menyampaikan lagu dengan penuh perasaan semasa 'audition' pemilihan Bintang Kecil yang dijalankan oleh panitia Muzik.
Pelajar-pelajar sedang sibuk menyiapkan projek 'My Science Dictionary' yang merupakan salah satu aktiviti bagi murid-murid Tahap 1.
Dilaporkan oleh :
Pn.Nor Hasimah bt Khamis
Guru Media/PSS

KISAH MENGUTAMAKAN ISTERI DARI IBU SENDIRI
Dalam kitab al-Kabir, karangan Syamsuddin al-Zahabiy, ada kisah seorang yang derhaka kepada orang tuanya. Ceritanya: Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada
seorang lelaki bernama Alqamah. Orangnya taat kepada Allah, rajin mengerjakan solat,puasa dan bersedekah.
Suatu hari lelaki itu sakit parah (sakaratulmaut). Melihat penyakitnya yang teruk itu, isterinya segera memberitahu

Rasulullah. Mendengar aduan perempuan itu. Rasulullah s.a.w.
menyuruh Ammar, Bilal dan Suhaib pergi melihat lelaki berkenaan untuk mengajarnya mengucap Lailaha Illallah.
Sahabat-sahabat Rasulullah itu pun pergi melihatnya. Penyakitnya memang teruk sehingga sampai ke peringkat ghargharah. Mereka menuntunnya mengucap, tetapi lidahnya kaku dan tidak dapat menuturkannya..
Setelah puas menuntunnya dan tidak juga berhasil, mereka segera mengirim utusan untuk menceritakan keadaan lelaki tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. menanya apakah ibunya masih ada. Sahabat-sahabat mengatakan ibunya masih hidup, lalu Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki seraya berpesan kepadanya: “Katakan kepada orang tua itu begini: Kalau ibu sanggup kita boleh menjumpai Rsulullah s.a.w., tetapi kalau tidak sanggup berjalan, di sini sajalah nanti Rasulullah akan datang.”
Perempuan tua itu berfikir: “Barangkali diriku ini sebagai penebusnya, lebih baik aku mendatangi Rasulullah daripada beliau yang datang di sini.” Perempuan itu berdiri sambil berjalan memakai tongkat menuju rumah Rasulullah s.a.w. Sesampainya di sana, Rasulullah bertanya kepadanya: “Wahai ibu Alqamah, aku ingin bertanya dan tolong jawab dengan jujur. Kalau berdusta, nanti wahyu Allah akan turun menjelaskannya. Sekarang aku bertanya, bagaimana sebenarnya anakmu yang bernama Alqamah itu?” Jawabnya: “Ya Rasulullah, anakku itu rajin mengerjakan solat, puasa dan bersedekah.” Rasulullah bertanya lagi, “Apakah ibu ada berasa sakit hati kepada anak ibu itu?” “Saya memang sakit hati. Kerana ia terlalu sayang dan mengutamakan isterinya, terkadang dia kurang memerhatikan hak ku sebagai ibunya.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Sekarang sudah jelas Alqamah tidak pandai mengucap kerana menyakiti hati ibunya.” Rasulullah menyuruh Bilal mengumpulkan kayu api. Mendengar perintah itu, orang tua tersebut bertanya, “Ya Rasulullah, untuk apa kayu itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Biar ku bakar Alqamah dihadapan ibu.” Orang tua itu terkejut dan berkata, “Jangan ya Rasulullah, aku tidak sanggup melihat anak ku dibakar.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ibu Alqamah, sebenarnya seksa Allah di akhirat lebih dahsyat lagi. Kalau ibu ingin supaya dosanya terampun, maafkanlah kesalahannya. Demi Allah, yang diri ku ini berada dalam kekuasaan-Nya, semua ibadat Alqamah akan sia-sia selama ibunya masih marah kepadanya.”
Perempuan itu berkata: “Ya Rasulullah, saya persaksikan kepada Allah dan malaikat-Nya, serta bersaksi dihadapan kaum Muslimin yang hadir ini, bahawa aku memaafkan kesalahan Alqamah.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai Bilal, sekarang pergilah ke rumah Alqamah dan lihat apakah dia sudah sanggup menucap atau belum. Mudah-mudahan ucapan maaf daripada ibunya itu bukan hanya kerana segan kepada ku.” Tatkala Bilal sampai di halaman rumah Alqamah, dari dalam rumahnya terdengar suara Alqamah mengucapkan kalimat Lailaha Illallah. Rupanya Alqamah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat syahadat itu.”
Kedudukan ibu bapa sangat tinggi dalam Islam. Kewajiban berbakti kepada mereka diletakkan seiring dengan kewajibpan menyembah Allah menerusi firman-Nya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau berbakti kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.” (al-Isra: 23)
Daripada Al-Islam – 1999.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Sesungguhnya, telah Kami lempar kedalam neraka banyak sekali jin dan manusia yang tidak sanggup berfikir dengan hatinya, tidak mahu melihat dengan matanya dan tidak cakap mendengar dengan telinganya. Mereka itu sama dengan binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu adalah orang alpa.”
(al-A’raf: 179)

Disusun oleh :
Ustazah Hayati bt Samsudin
Guru Pendidikan Islam
.KEKALKAN BUDAYA SALING MENGHORMATI
MENGHORMATI dan memuliakan saudara Islam amat dituntut demi keharmonian dan kerukunan hidup bermasyarakat. Rasulullah sendiri berusaha mempereratkan silatulrahim diantara kaum Muhajirin dan Ansar selepas penghijrahan baginda dan sahabat dari Makkah ke Madinah. Seseorang yang tidak menghormati dan memuliakan saudaranya akan membawa kekecuhan dalam masyarakat. Lebih dahsyat lagi ia akan membawa kepada pengwujudan sifat mementingkan diri sendiri dan tindas menindas.
Pada zaman dulu, orang takut kepada ibu bapa, guru, suami dan orang yang lebih tua. Perasaan takut ini sebenarnya timbul daripada hormat dan memuliakan orang yang lebih dewasa atau berpengetahuan. Bagaimana pun, rasa hormat itu kian luntur dihati sesama manusia. Mungkin kerana terlalu didedahkan kepada budaya bukan Islam yang kurang sihat atau semakin mundurnya pendidikkan agama dikalangan hari ini. Ramai sudah berani mencela orang lain, kadangkala rakannya sendiri pun dicela. Bahkan ramai berani mempersoalkan alim ulamak yang benar-benar mengabdikan diri kepada agama. Ibu bapa, orang-orang yang lebih tua, keluarga dan kanak-kanak sudah tidak lagi dihormati atau diabaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukanlah dia daripada pengikut ku yang tidak menghormati orang tua, tidak belas kasihan kepada kanak-kanak dan tidak menghormati alim ulamak.” (Ahmad).
Golongan tua yang uzur sering diumpamakan kanak-kanak. Jika ketika kanak-kanak makan bersuap, membuang air besar dan kecil yang tidak teratur, perkara yang sama juga akan muncul apabila seseorang itu menjangkau usia lapan puluhan. Bezanya, jika kanak-kanak boleh ditenking, orang tua pula hanya dinasihat selembut mungkin kerana hati mereka mudah tersinggung. Jestru itu amat perlu menghormati dan menjaga mereka dengan baik, terutama apabila orang tua itu adalah ibu bapa sendiri. Kata pepatah Melayu, ‘seorang ibu dapat menjaga sepuluh anak, tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga ibu seorang.’ Firman Allah s.w.t.: “Kami perintah manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa, ibu mengandungkannya dengan susah payah.” (al-Ahqaaf: 15) Jika berkata ‘cis’ sekali pun terhadap ibu bapa sudah cukup untuk menjauhkan kita dari syurga, apalagi menderhaka sehingga menyebabkan mereka tersinggung.
Kewajibpan menghormati ibu bapa tidak sekadar meliputi ibu bapa Islam saja tetapi juga bukan Islam. Jika ingin berdakwah kepada mereka perlulah dengan sopan dan beradab.
Menghormati ibu bapa sangat dituntut kerana sebelum mendapat keredhaan Rasulullah s.a.w. dan Allah s.w.t., seseorang itu perlu mendapat keredhaan ibu bapa. Itulah sebabnya disebut bahawa syurga dibawah tapak kaki ibu. Selain ibu bapa, orang yang lebih tua perlu dihormati sebagaimana dikehendaki oleh agama. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Allah berfirman kepada Jibril: ‘Bahawa barang siapa yang terlanjur umur ke peringkat tua sedangkan ia seorang Muslim, jika Aku ingin mengazabkan dengan sebab amal perbuatannya yang tidak baik, maka kerana umurnya yang tua itu, Aku malu lalu memaafkannya.” (Aisyah). Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda bahawa doa seorang tua tidak akan ditolak kerana Allah malu menolak doa hambaNya yang tua.
Kita juga patut memberi kemuliaan terhadap alim ulamak kerana ulamak adalah warisan nabi. Tugas mereka menjaga dan menyampaikan ilmu agama, amat tinggi pengorbanannya dan dengan itu, mereka layak mendapat penghormatan. SabdaRasulullah s.a.w.: “Barang siapa membenci tiga orang yang berikut ini bukanlah dia seorang Islam bahkan dia adalah seorang munafig. Iaitu orang Islam yang tua, ulamak dan raja (peminpin) yang adil.” (Tabrani-Abi Umamah r.a.).
Amalan memberi salam kepada sesama Islam adalah sifat hormat-menghormati. Berilah salam dulu dan jangan mengharapkan orang lain memberi salam kepada kita.
Sahabat Nabi sering berebut memberi salam kepada baginda. Namun selalunya baginda yang terlebih dulu memberi salam walaupun baginda seorang nabi. Pangkat dan kedudukan seseorang itu janganlah menyebabkannya berasa malu memberi salam kepada orang bawahan. Memberi salam bukan terhad kepada orang yang kita kenal saja, tetapi juga kepada orang yang tidak dikenali, sesuai dengan kehendak nabi yang memerintahkan umatnya supaya menyebarkan salam.
Anak-anak yang masih kecil patut diasuh supaya menghormati orang yang lebih tua. Mereka hendaklah diajar supaya mengutamakan, misalnya tempat duduk dan jalan untuk orang yang lebih tua, khasnya yang uzur.
Oleh: Ahmad Kassim.
Kita Tidak Boleh Takabur Mencari Nama,
Tetapi Kita Tidak Dilarang Berusaha Mencari Kehormatan
Dengan Memperbaiki Budi Sendiri.
Gila Hormat, Jangan Sekali.
Tetapi Menjadi Orang Yang Terhormat,
Haruslah Jadi Tujuan Hidup.Oleh:Prof.Dr.HAMKA.
“Hari ini telah Ku sempurnakan agama mu dan nikmat Ku telah Ku lengkapkan untuk mu, dan telah Ku relakan Islam menjadi agama mu.”
(al-Maidah:3).
Disusun oleh :
Ustazah Hayati bt Samsudin
Guru Pendidikan Islam
SALAM RAMADHAN
MOTO DAN LAGU SEKOLAH
MOTO SEKOLAH
SETIA SELALU
LAGU SEKOLAH
SK ST. FRANCIS, SITIAWAN
32000 SITIAWAN. PERAK.
All through our classes a voice is sending
Promptly respond to your duty’s sweet call
Harken you all for the trumpet is sounding,
Your mater’s proclaiming her watchword to all
Forward her children dear
Ever with hearts sincere
Render with joy to your mater her due
All that is vile reject
Heaven will ever protect
Song of St. Francis
Valiant and true

MATLAMAT DAN PIAGAM
MATLAMAT SEKOLAH
Memantapkan Pengurusan Organisasi yang berkualiti
Meningkatkan kecemerlangan akademik
Mengukuhkan pembudayaan adab warga sekolah
Peningkatan kecemerlangan sukan diperingkat Negara
Mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan
PIAGAM SEKOLAH
KAMI GURU-GURU DAN WARGA SK. ST. FRANCIS,
SITIAWAN, PERAK.
DENGAN INI BERIKRAR MELAKSANAKAN TUGAS
DENGAN PENUH KOMITMEN DAN DEDIKASI
YANG BERTERASKAN KUALITI.
KAMI BERAZAM AKAN MENINGKATKAN
KUALITI PERKHIDMATAN MELALUI :
1. Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan Dengan Penuh Kemesraan.
2. Berusaha Memberi Perkhidmatan Yang Cekap Dan Berkesan.
3. Berusaha Meningkatkan Prestasi Pencapaian Murid Dalam Bidang . Kurikulum , Kokurikulum Dan Sahsiah.
4. Berusaha Meningkatkan Prestasi Kerja Dengan Mengelakkan . Kesilapan, Penyelewengan Dan Pembaziran.
5. Berusaha Meningkatkan Ilmu Memajukan Diri Sendiri.
6. Menyediakan prasarana yang ceria , kondusif dan selamat.

VISI DAN MISI
VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. FRANCIS,SITIAWAN
TERBILANG MENJELANG 2010
MISI SEKOLAH
Kami warga SK St. Francis akan bersama-sama memastikan :-
• Pengurusan Kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
• Kecemerlangan akademik melalui Pengurusan Pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti dan cemerlang.
• Pembudayaan adab dan pembentukan sahsiah yang mulia.
• Pencapaian kecemerlangan sukan berasaskan sukan untuk semua.
• Penglilbatan dalam kokurikulum ke arah pembinaan generasi berkualiti.

LATAR BELAKANG
Sejarah Kewujudan Sekolah SK.St. Francis
SK.St. Francis yang dahulunya dikenali sebagai SRK.St.Francis bermula di sebuah bangunan dengan rasminya oleh Rev.Rigottier,seorang paderi Perancis.Sekolah tersebut mempunyai 109 orang murid yang belajar dalam dua kelas darjah satu dan satu kelas darjah dua.
Pada tahun 1956 dengan tidak resmi pihak Brothers Kristian telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini.Rev.Bro Director Pius dari Sekolah Saint Michael Ipoh bertanggungjawab mentadbir dengan pertambahan kepada 6 buah kelas.
Oleh kerana bilik darjah di bangunan lama ini tidak mencukupi maka bangunan baru dibina di Jalan Raja Omar,Sitiawan dan dibuka pada 15.3.1957 dengan keramaian murid 193 orang.Rev.Father P. Gauthier telah menguruskan pentadbiran sekolah ini.Pada September 1957,En.L.H.O’Keeffe dilantik menjadi Guru Besar ketika Brothers Kristian mengambil alih sekolah dengan mendapat bantuan dari pihak kerajaan.
Pada tahun 1959 dan 1960,pelajar-pelajar yang lulus M.S.S.E.E telah dinaikkan ke tingkatan satu di Sekolah Convent,Sitiawan yang pada ketika itu merupakan sebuah sekolah campuran (Co.Edu.)
Sekolah Rendah Saint Francis telah menjadi Sekolah Menengah Rendah dalam tahun 1962,manakala Sekolah Convent berhenti mengambil masuk pelajar-pelajar lelaki.
Pada 1964,Pihak Brothers Kristian telah membesarkan bangunan sekolah ini dan membina 6 buah bilik darjah,sebuah pejabat dan sebuah bilik guru.Bilangan muridnya bertambah kepada 304 orang iaitu dari darjah Satu hingga ke Tingkatan Tiga.
Oleh kerana kemerosotan pelajar-pelajarnya ,pada tahun 1972 pihak Jabatan Pelajaran Perak terpaksa menutup Sekolah Menengah Rendah dan mengekalkan Sekolah Rendah Saint Francis sahaja.Ketika itu Sekolah Rendah Kebangsaan Saint Francis mempunyai 6 kelas,iaitu darjah satu hingga darjah enam dengan bilangan muridnya 233 orang.
Sekolah ini adalah sebuah sekolah Bantuan Modal.Ia mempunyai 12 bilik darjah dan 12 kelas.Sebuah kantin telah dibina dengan bantuan Kementerian Pendidikan Malaysia serta kutipan derma orang ramai pada tahun 1982.
Pada tahun 1997 bangunan tambahan yang mempunyai dua bilik darjah telah dibina oleh pihak JKR (peruntukan Kerajaan) dan ditambah satu lagi bilik darjah sumbangan derma orang ramai.
Senarai Guru Besar SK.St.Francis
1955 – 1956 Rev.Father A.Rigottier
1956 – 1957 Rev.Father P.Ganthier
1957 – 1959 En.L.H. O’Keeffe
1959 – 1960 En. Michael Toh
1960 – 1973 En.Ng Beng Chan
1973 – 1978 En. Lee Toh Beng
1978 – 1983 En. P.J.Weller,PPN.PJK.
1983 – 1986 Pn. Hong Kok Cheong
1986 – 1987 En.N.V.V.Menon
1987 – 1989 En.Ariffin b. Othman PJK
1989 – 1994 En. Mas Hashim b. Mas Mohamed
1996 – 1999 Tn.Hj.Abd Ghaffar b. Alang Saidin
1999 – 2003 En.Muzamuddin b. Yeop Ahmad
2003 - 2007 En.Zulkfly bin Meor Lop
2008 hingga sekarang Pn.Haslinda bt Halid
Maklumat Sekolah
Kod Sekolah ABB 1044
Gred Sekolah B
Alamat SK.St.Francis
Jalan Raja Omar,
32000 Sitiawan
Jenis Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan Malaysia
Jenis Murid Lelaki sahaja
Maklumat Bangunan
Bil Nama Blok Hakmilik Jenis Pelan Bil.Tingkat Tahun Bina
1 A Mubaligh Konkrit Ubahsuai Satu 1957
2 B Mubaligh Konkrit Ubahsuai Satu 1964
3 C Kerajaan Temp. Konkrit Ikut Satu 1997
½ konkrit Ubahsuai satu 1932
Maklumat Guru
BIL. NAMA OPSYEN IKTISAS /PANGKAT
1. PN HASLINDA BT HALID B.INGGERIS PPAK(AM) - GURU BESAR
2. PN.ROHAIDA BT HUSAINI PENGAJIAN MELAYU PSR(PM) - PEN.KANAN PENTADBIRAN
3. PN.ROSALIND TAN SAI HONG AM PPAK(AM) - PEN. KANAN HEM
4. PN. NOORAZLIN CHENG BIN ABDULLAH - PEN. KANAN KOKURIKULUM
5. PN.ASMIDA BT AB WAHAB PM/MATEMATIK PSR(PM/MM)
6. PN.JUBAIDAH BINTI YASSIN
7. EN.ADDNAN B RAMLI PENGAJIAN MELAYU PSR(PM)
8. PN.HEAMAH A/P SUBRAMANIAM B.INGGERIS PSR(PI)
9. PN.NG PAY CHOOI B.INGGERIS DIP.TESL/PPAK(AM)
10. EN.NOR HISHAM B ABDULLAH HADI
11. PN.NOR HASIMAH BT KHAMIS PENGAJIAN MELAYU PSR(PM)
12. PN.ZAMHARIRAH BT MOHD DAUD PENGAJIAN MELAYU PSR(PM)
13. PN.ZURAINI BT ISMAIL SAINS/MATEMATIK PSR(SN/MT)
14. PN.MALARVILY A/P RENGANATHAN MATEMATIK/SAINS PSR(MT/SN)
15. PN.MAHANI BT YAACOB MATEMATIK PSR(MT)
16. PN.NORIZA BINTI ISHAK PEN.MUZIK PSR(PM/PS)
17. PN.HAYATI BT SAMSUDIN AGAMA ISLAM PSR(PA)
18. PN.AIDA S BT ISMAIL
19. EN.HEW SING HOCK PEND. MUZIK
20. PN.HAN YEE WAN
21. CIK.SA'ADATUL ARFAH BINTI KHUSHAIRI GURU j-QAF
22. PN.AN'WARSAIDA BINTI ISMAIL
23. PN.NURUL RAFIDA BINTI ABDUL RAZAK
24. PN.SALINA BINTI MOHD YUSOFF GURU DATA
25. PN.HASLINA BINTI SANUSI - GURU PEMULIHAN KHAS
Maklumat Bukan Guru
BIL. NAMA JAWATAN
1. PN. ZARINA - PEM.TADBIR
2. HASRIN BIN AMINUDIN PEM.AM RENDAH
Senarai JK PIBG SESI 2008/2010
Penasihat Guru Besar SK.St Francis
Yang DiPertua : En Roslan b Shuib
Naib Yang DiPertua : En.Hafidz bin Haji Mohd Hassan
Setiausaha : Pn.Nurul Rafida bt Abdul Razak
Bendahari : Pn.Zuraini bt Ismail
AJK : En Addnan b Ramli
En Hew Sing Hock
Pn Hayati bt Samsudin
Pn Aida S bt Ismail
Pn Salina bt Mohd Yusoff
En Azizi b M Shafie
Pn Rubiana bt Ahmad Jabar
Pn Nur Aida bt Mohd Radi
En Wan Yusdi b Wan Hassan
JURU AUDIT : Pn Rohaida bt Husaini
En Mohamed Salim
Petempatan Sekolah
Lokasi
SK.St Francis terletak dalam kawasan Bandar Sitiawan dibawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung iaitu kira-kira 2 kilometer jaraknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)