TIPS UPSR : Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)

ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )
· seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
· setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
· sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.

Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe lum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.

· Format karangan ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama B : Waalaikummussalam
Nama A : Apa khabar Makcik ?
Nama B :
· Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
· anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesua i. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun ”Makcik…
· pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.
· boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“
· soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit. Dalam dialog itu, keduadua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
· Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
· elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….
· soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
· kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
· tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
· mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
· soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
· Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

0 comments: