Hari Anugerah Kecemerlangan 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 telah diadakan pada 17 November 2009. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh wakil PIBG En Azizi bin Shafie. Kehadiran para ibubapa pelajar-pelajar yang telah mencipta kejayaan juga menambahkan lagi kemeriahan majlis ini.

* gambar-gambar akan diupload kemudian....

Majlis Graduasi Tahun 6

Buat pertama kalinya sekolah telah mengadakan majlis Hari Graduasi Tahun 6 bagi sesi 2009. Dalam ucapan Puan Guru Besar, beliau menyatakan bahawa majlis ini diadakan sebagai satu dorongan dan galakan kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.
Wajah-wajah ceria para guru yang melihat kejayaan anak-anak didiknya...Teruskan perjuanganmu demi anak bangsa tercinta.

Antara pelajar yang menerima sijil tamat persekolahan sekolah rendah daripada Pn Guru Besar.


Ketua Murid menyampaikan ucapan bagi mewakili semua pelajar Tahun 6.
Pelajar-pelajar tidak sabar untuk menerima sijil-sijil tamat persekolahan rendah dengan penuh ceria dan teruja...
Antara persembahan menarik yang dijayakan oleh pelajar-pelajar Tahun 6 yang bertemakan konsep 1 Malaysia. Anda sememangnya BOLEH!

Majlis Perpisahan Tahun 6 2009

Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6 telah diadakan pada 12 November 2009. Majlis ini diadakan sebagai tanda salam perpisahan di antara guru-guru dan para pelajar Tahun 6 setelah enam tahun bersama-sama di sekolah ini.

Guru Besar Pn Haslinda bt Halid sedang memberikan pelbagai pesanan kepada para pelajar sebelum meninggalkan alam persekolahan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke alam sekolah menengah.

Wakil Pelajar Choo Chun Fei sedang menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah bersusah payah dan penuh sabar mendidik mereka. Jasamu dikenang...

Warga sekolah sedang mendengar ucapan sambil menanti saat untuk menjamu selera....!


Wajah-wajah ceria dan duka para pelajar yang akan meninggalkan SK ST FRANCIS...Sayonara...