Fokus Pada Pelajaran

Hari ini 22 Mac 2010 , bermulanya persekolahan penggal ke dua semester pertama. Di dalam amanat yang telah disampaikan oleh Guru Besar hari ini, murid-murid diingatkan supaya lebih fokus dalam pelajaran.

Jangan jadikan kelas sebagai tempat bermain dan berbual-bual kosong. Gunakan masa yang terluang untuk membaca dan membuat latihan. Beri perhatian semasa guru mengajar dan sentiasa memastikan segala kerja yang diberi disiapkan.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah, suasana pembelajaran akan berubah di penggal baru ini. Murid-murid mestilah berubah menjadi murid yang lebih mementingkan pelajaran berbanding hal-hal lain. Semua ini adalah untuk kecemerlangan dan kejayaan masa depan murid-murid sendiri. SKSF BOLEH!

Lawatan Penanda Aras ke SMK Vokasional Seri Manjung


maklumat sedang dikemaskini...

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2010

Minggu Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Mac 2010 (Isnin) oleh Jawatankuasa Anti Dadah Sekolah.

Majlis pelancaran dan perasmian program telah dijalankan semasa perhimpunan rasmi.


Guru-guru dan murid-murid telah diberikan penerangan mengenai program Minggu Anti Dadah. Selain itu murid-murid juga diberi peringatan untuk sekian kalinya mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Antara program yang dijalankan pada hari tersebut ialah ceramah anti dadah oleh penceramah jemputan. Program ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar tahun 5 dan 6.



Adalah diharapkan para pelajar akan sentiasa ingat bahawa penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan hidup kita umpama sampah masyarakat. Jadilah warga yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Kem Bestari Solat 2010

Kem Bestari Solat(untuk pelajar-pelajar Islam sahaja) murid-murid tahun 2 dan 1 telah diada pada hari Sabtu 7 Mac 2010 yang lepas. Seramai lebihkurang 50 orang pelajar terlibat dalam kem ini. Kem ini telah dijayakan oleh panitia Pendidikan Islam dan dikelolakan oleh guru-guru pendidikan Islam.

Antara pengisian kem pada hari tersebut adalah difokuskan kepada cara-cara mendirikan solat yang betul.
Murid-murid diajar cara mengambil wuduk mengikut tertib yang betul serta doa yang perlu dibaca selepas mengambil wuduk.

Mereka juga dibimbing untuk menjadi imam dan makmum semasa mengerjakan solat secara berjemaah. Alhamdulillah...

Mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustazah selepas mengerjakan solat.

Syukur atas nikmat dan rezeki yang Engkau berikan Ya Allah.

Guru Besar meluangkan masa melayan murid-murid semasa makan tengah hari. Terima kasih cikgu..

Semoga Kem Bestari Solat ini dapat memupuk pelajar-pelajar ini menjadi insan soleh demi kebaikan di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Mesyuarat PIBG sesi 2010-2012

Mesyuarat tahunan PIBG telah berjaya diadakan pada 4 Mac 2010 yang lalu. Walaupun kehadiran daripada ibu bapa/penjaga agak kurang memberangsangkan namun majlis dapat dijayakan hasil daripada komitmen semua pihak.

Selepas majlis perasmian, jawatan kuasa PIBG sesi 2008-2010 telah diberikan sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas khidmat yang telah diberikan.

Mesyurat pada kali ini akan memilih jawatankuasa yang baru bagi sesi 2010-2012. Pembentangan aktiviti dan belanjawan pada sesi lalu juga telah dikemukakan dalam mesyuarat oleh setiausaha dan bendahari. Syabas! diucapkan pada jawatankuasa yang lalu.

Sebahagian daripada ibubapa/penjaga yang menunjukkan komitmen yang tinggi hadir dalam mesyuarat pada kali ini. Mudah-mudahan pada tahun hadapan kita akan dapat turut serta dan meluangkan masa demi kebaikan anak-anak kita.

Inilah wajah-wajah yang akan menerajui jawatankuasa PIBG bagi sesi 2010-2012. Tahniah diucapkan kepada En.Hafidz yang telah terpilih sebagai YDP PIBG pada pemilihan kali ini.

Pencatat yang setia dan tekun menjalankan tugas pada mesyuarat PIBG kali ini.

Semoga apa yang telah kita capai dan putuskan pada mesyuarat kali ini akan memberi manafaat kepada semua warga sekolah khasnya dan seluruh ibubapa amnya...

Program Sahsiah J/kuasa Pen.Moral

Sempena majlis Maulidur-Rasul peringkat sekolah yang diadakan pada 5 Mac 2010 ( Jumaat ), Jawatankuasa Pen.Moral turut mengadakan program sahsiah untuk pelajar-pelajar Pen.Moral. Jawatankuasa telah menjemput penceramah jemputan iaitu Kaunselor dari SMK Seri Manjung Pn Hartini bt Shuib.


Di dalam program ini murid-murid didedahkan bagaimana menjadi pelajar yang cemerlang. Di samping itu aktiviti-aktiviti yang menarik juga diselitkan untuk menjadikan program itu menyeronokkan.

Semoga kita menjadi pelajar yang cemerlang!

Pelajar-pelajar Pen.Moral berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar ceramah motivasi.

Siapa boleh dapat 5A ? Kami boleh cikgu! Syabas!

Terima kasih daun keladi, lain masa datanglah lagi..

Sambutan Maulidur-Rasul

Sambutan Maulidur Rasul telah disambut pada 5 Mac 2010. Sempena majlis yang penuh berbahagia itu pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memenuhi program sambutan selama sehari itu.

Di sebelah pagi seawal jam 8.00 pagi, pelajar-pelajar yang beragama Islam telah berhimpun di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai.
Ceramah Maulidur rasul pada kali ini telah disampaikan oleh Ustazah Aminah bt Abd Jabar,merangkap Penyelia Kanan Pendidikan Islam, PPD Manjung.


Pelajar-pelajar Islam begitu khyusuk dan tekun mendengar ceramah yang di sampaikan. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada ceramah tersebut.


Selepas waktu rehat telah diadakan pula pertandingan melukis dan mewarna kad sempena Maulidur Rasul. Selain daripada itu, pertandingan Spelling Bee juga telah diadakan di mana pelajar-pelajar mencipta perkataan menggunakan tulisan jawi. Ini bertujuan agar tulisan jawi dapat diperkukuhkan lagi penggunaannya.


Sama-samalah kita mengambil dan mengamalkan sikap serta keperibadian mulia yang dimiliki oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW...










Temasya Sukan Kali ke 42

Temasya Sukan Sekolah Kali ke 42 telah diadakan pada 25 Febuari 2010 yang lalu. Temasya kali ini yang diadakan secara tertutup telah berjalan dalam suasana yang sungguh meriah.


Lintas hormat pasukan perbarisan rumah-rumah sukan.

Guru besar pn Haslinda bt Halid telah merasmikan temasya sukan pada kali ini. Harapan beliau, melalui temasya ini sekolah dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berbakat pada masa depan.

Bacaan ikrar diketuai oleh adik Mohan diikuti oleh semua murid.

Walaupun diadakan secara tertutup namun sambutan ibu bapa untuk melihat kebolehan anak-anak mereka amat di luar jangkaan.

Rumah Merah menduduki tempat ketiga dan Johan bagi kategori kebersihan khemah terbaik.


Rumah Kuning menduduki tempat kedua dan memenangi kategori perbarisan terbaik.

Rumah biru menjadi johan keseluruhan pada tahun ini di samping memenangi kategori pengurusan disiplin terbaik.


Sebahagian peserta menerima hadiah masing-masing.

Adik Daniel Gabriel dari rumah biru telah terpilih sebagai olahragawan bagi tahun 2010.

Suasana kemeriahan berterusan sehingga ke akhir temasya. Semoga kita dapat berjumpa lagi di tahun hadapan dengan temasya yang lebih besar dan hebat!.