Bagaimana menjadi sahabat yang baik ?



Salam hormat kepada semua.

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Terbinanya nilai sahabat yang baik sangat berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmoni. Ia adalah nilai peribadi seseorang, sebahagian dari buah akhlak yang berakarkan iman. Sebahagian dari tanda seorang yang berjaya memimpin dirinya sendiri dan berpotensi untuk menjadi pemimpin.

Oleh itu, bagaimanakah mahu menjadi sahabat yang baik?

1) Memberi salam terlebih dulu bila bertemu.

2) Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.

3) Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.

4) Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

5) Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang terhadapnya. Jika menyembunyikan bererti menyimpan rasa dengki dan irihati.

6) Tidak menceritakan kejian dan celaan orang untuk mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.

7) Memberi perhatian yang sungguh-sungguh ketika dia bercakap. Tidak memotong cakapnya dan tidak sekali-kali bersikap endah tak endah atau acuh tak acuh.

8) Tidak berbantah bantah atau berbalah balah lebih lebih lagi sehingga mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya diucapkan

9) Memanggil sahabat dengan panggilan atau nama yang disukainya sama ada didepan atau dibelakangnya.

10) Melahirkan kegembiran apabila menerima pertolongan,hadiah atau jasa baik sahabat.

11) Tidak menyebut nyebut atau mengingat-ingat kesalahannya atau keburukannya.

12) Tidak berburuk sangka terhadap sahabat. Memandang sikapnya dengan pandangan dan anggapan positif.

13) Memberi nasihat terhadap kesalahannya dan kelalaiannya.Tegur dan beri nasihat secara rashia dan berhikmah.

14) Sentiasa mendoakannnya sama ada dia masih hidup atau setelah meninggal dunia.

15) Menjalinkan kasih sayang hingga keakhir hayat.

16) Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia rasa terbeban.

17) Merasakan apa yang dirasainya sama ada susah atau senang. Gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesedihannya.

18) Berterima kasih di atas kebaikanya.

'Menjadi sahabat yang baik dan memiliki sahabat yang
baik adalah ciri ciri orang bertakwa'

sekian.

0 comments: