Contoh-contoh Karangan Jenis Perbincangan

Tinggal di kampung lebih baik tinggal di bandar

Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di bandar. Saya suka tinggal di kampung keran adi sini terdapat pokok -pokok yang menghijau , burung-burung berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya.

 Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar. Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi.

Mereka hidup dengan tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh -pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.

Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.

Kebaikan dan keburukan menonton televisyen.

Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini. Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

 Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain. Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.

 Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa di depan televisyen terutamanya pelajar-pelajar. Mereka lebih suka menghabiskan masa di depan televisyen tanpa menghiraukan pelajaran.


Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas -batas kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.



0 comments: