Minggu PSS Bersama Panitia dan Bulan Membaca 2011

Minggu Pusat Sumber dan Bulan Membaca peringkat sekolah telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai 2011. Program ini dijalankan secara berterusan sehingga 20 Ogos 2011. Sepanjang program ini berlangsung, setiap hari selama 10 minit bermula 7.25 pagi murid-murid akan berhimpun di tapak perhimpunan untuk aktiviti membaca.

Murid-murid begitu kyusuk membaca dengan diawasi oleh guru-guru.

Selain daripada itu pelbagai aktiviti bersama panitia mata pelajaran juga telah dan akan dijalankan. Antaranya ialah Pertandingan Menulis Esei Tahap 2 dan Pertandingan Membina Ayat Tahap 1 yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu.

Panitia Bahasa Inggeris pula telah mengadakan Pertandingan Buku Skrap bertajuk 'My Dictionary'untuk kedua-dua tahap. Panitia Matematik mengadakan Pertandingan Kuiz Siapa Cepat bagi Tahap 1 dan Pertandingan Sejarah Matematik bagi Tahap 2.

Panitia Sains pula telah mengadakan Pertandingan Buku Skrap 'My World' bagi kedua-dua tahap 1 dan 2. Selain daripada panitia mata pelajaran, PSS juga telah mengadakan aktivitinya sendiri. Antaranya ialah Pertandingan Membaca Banyak ( murid dan guru ), Pertandingan Mencari Maklumat di PSS dan juga Pertandingan Menghafal Cerita/Artikel Terbuka.