Faedah Belajar Secara Berkumpulan

Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar tersendiri.setiap murid perlu memilih kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan dan mudah. 

Pelajar-pelajar mudah mendapati pelajaran secara berkumpulan .Pelajar yang lebih lemah boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak.mereka juga dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat. Selain itu,belajar secara berkumpulan juga dapat mungurangkan kos membeli bahan bacaan dan latihan.Pelajar boleh berkongsi buku rujukan bersama-sama. 

Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang tentang pelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Belajar secara berkumpulan dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri.ini dapat mewujudkan persaingan yang lebih sihat dalam kalangan murid. ia dapat meningkatkan motivasi untuk belajar bagi murid-murid. 

Akhirnya, aktiviti belajar secara berkumpulan perlu dilaksanakan dengan terancang dan teratur. Murid -murid perlu berdisiplin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai tujuan belajar.

0 comments: