Contoh-contoh Karangan Jenis Fakta / Rencana

Soalan
Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.

Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sainss. Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang. Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.

Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.

 Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya kan sekolah menggunakan komputer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya. Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh akal manusia.

Tajuk : Banjir

Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya negeri -negeri Pantai Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti -henti selama beberapa hari. Biasanya banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai.

Apabila banjir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan mati. Para petani akan mengalami kerugian besar.

Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.

Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

Tajuk : ” Kepentingan Kenderaan

Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini di gerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.

Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangku tan . Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.

Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.

Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah pembangunan.

Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.

Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.

Tip :
Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.


0 comments: