Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan disambut dengan penuh meriah di Pulau Wan Man , Terengganu pada 16 Mei 2009 yang lalu. Tema hari guru pada tahun ini ialah" Guru Pembina Negara bangsa ".

Di peringkat sekolah pula, sambutan Hari Guru telah diadakan pada Isnin 18 Mei 2009 yang lalu. Disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan iaitu hujan lebat pada pagi tersebut, sambutan yang sepatutnya diadakan di Tapak Perhimpunan sekolah terpaksa dipindahkan ke pekarangan kaki lima kelas.

Berikut dipaparkan antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan :






Guru Besar membacakan watikah yang disampaikan oleh Menteri Pelajaran.






Murid-murid begitu khyusuk mendengar amanat yang disampaikan.





Barisan para guru Sk St Francis yang diraikan .








Wajah-wajah ceria guru. Banyak dapat hadiah ke cikgu?














Penolong Kanan En Lurman yang bertidak sebagai Ketua Pengarah Pelajaran pada hari tersebut. ( Baca watikah jer!)








Murid-murid menyanyikan lagu "Terima Kasih Guru" sebagai penutup majlis pada hari tersebut.















Dilaporkan oleh,
Guru Media.

SELAMAT HARI GURU 2009


"Guru Pembina Negara Bangsa"
Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik di Sk St Francis khasnya dan seluruh warga pendidik di seluruh negara amnya.

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada hari Isnin 18 Mei 2009 bertempat di tapak perhimpunan pada jam 7.40 pagi.


Dilaporkan oleh,
Guru Media